top of page

Saudi buka destinasi pulau mewah di bawah projek mega AS$500 juta


ree
Destinasi pulau mewah di Arab Saudi, Sindalah. (Gamnbar: Petikan skrin dari YouTube/NEOM)

ree

RIYADH: Arab Saudi mendedahkan destinasi pulau mewahnya, Sindalah, sebagai sebahagian daripada projek mega NEOM bernilai AS$500 bilion (S$661.9 bilion), lapor Arab News.


Ini sedang Saudi berusaha meningkatkan usahanya bagi memperluaskan sektor pelancongan di negara itu.


NEOM mengumumkan bahawa projek itu, yang dibangunkan dalam masa dua tahun dengan pelibatan empat kontraktor tempatan dan 60 subkontraktor, sudahpun menyambut tetamu pertamanya.


Ia sekali gus memberi isyarat kepada era baharu pelancongan mewah di Arab Saudi, menurut kenyataan medianya, seperti dipetik Arab News.


Projek besar-besaran sedemikian penting bagi strategi Arab Saudi untuk pempelbagaian ekonomi, selaras dengan matlamat pelancongan Visi 2030 negara itu.


Strategi Pelancongan Negara di Arab Saudi menyasar untuk memikat 150 juta pelancong menjelang 2030 dan meningkatkan sumbangan pelancongan kepada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) dari 6 peratus kepada 10 peratus.


"NEOM komited untuk menyokong era baharu Arab Saudi bagi pelancongan mewah, dengan pembukaan Sindalah. Pelancaran destinasi mercu tanda ini berdekatan Laut Merah adalah disebabkan kepimpinan berwawasan Perdana Menteri Mohammed bin Salman dan Visi 2030 Saudi," kata Ketua Pegawau Eksekutif (CEO) NEOM, Nadhmi Al-Nasr.


Beliau menambah: "Destinasi NEOM ini menawarkan kepada pengunjung pengalaman untuk 'menjenguk buat kali pertama' apa yang boleh ditampilkan pada masa depan bagi portfolio luasnya bagi destinasi dan pembangunan."


Terletak 5 kilometer dari pantai barat laut NEOM, Sindalah seluas 840,000 meter persegi dan dijangka menyambut sehingga 2,400 tetamu setiap hari menjelang 2028, mewujudkan 3,500 pekerjaan dan merangsang pertumbuhan dalam sektor perhotelan dan pelancongan Arab Saudi.


Perairan Sindalah menjadi tempat tinggal kepada 1,100 spesies ikan, termasuk 45 jenis yang unik kepada NEOM, serta 300 spesies batu karang.


"Selaras dengan komitmen NEOM ke arah kemampanan dan pemuliharaan, pemeliharaan habitat marin semula jadi Sindalah penting kepada pembangunan pulau ini, dan tetamu dijemput untuk menyelam bagi meneroka sendiri keindahannya," jelas NEOM, seperti dinukil Arab News.


Destinasi tersebut akan menampilkan kelab kapal mewah, kelab pantai dan kelab golf, serta kemudahan untuk dok kapal, pelampung luar pesisir untuk kapal mewah besar, dan khidmat pengurusan kapal mewah yang komprehensif.


Sindalah menawarkan 440 bilik, 88 villa, dan 218 apartmen mewah bagi penginapan.


NEOM menyatakan maklumat tempahan akan didedahkan tidak lama lagi menerusi saluran pelancongannya.


Sumber: Mediacorp.sg

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page