top of page

Eversendai bida tender RM15 bilion di Arab Saudi


Eversendai bida tender RM15 bilion di Arab Saudi
Eversendai Corporation Bhd

Eversendai bida tender RM15 bilion di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Eversendai Corporation Bhd telah mengemukakan tender aktif bernilai lebih daripada RM15 bilion bagi projek-projek keluli struktur di Arab Saudi yang amat kompleks, sekali gus memanfaatkan keupayaan teknikal syarikat itu.


Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, jika projek-projek itu dianugerahkan kepadanya, ia akan menyumbang secara positif kepada kumpulan.


Eversendai berkata, ia mempunyai kehadiran selama 27 tahun di rantau Teluk dan 24 tahun di Arab Saudi, melaksanakan struktur-struktur yang amat kompleks dengan reka bentuk, kejuruteraan, fabrikasi dan pemasangan projek-projek berprofil tinggi menggunakan kaedah inovatif bagi menyiapkan projek berkenaan.


"Kami mempunyai kapasiti fabrikasi tahunan 200,000 tan di Malaysia, Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar, dan kini dalam proses membina kilang dengan kapasiti fabrikasi tahunan 60,000 tan berhampiran Riyadh, Arab Saudi," katanya.


Kenyataan itu menambah, berikutan magnitud projek-projek mega akan datang di Arab Saudi dan bagi mendapatkan serta melaksanakannya, Eversendai telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Algihaz Holding Construction, sebuah firma terkemuka di Arab Saudi, bagi membentuk sebuah syarikat usaha sama baharu.


Sumber: Berita Harian


Eversendai bida tender RM15 bilion di Arab Saudi

12 views
bottom of page