top of page

Eversendai jangka prospek lebih baik pada separuh kedua 2022


Eversendai menjangkakan prospek yang lebih baik pada separuh kedua 2022 berikutan kumpulan itu yakin ia mampu memperoleh lebih banyak kontrak.

KUALA LUMPUR: Eversendai Corporation Bhd menjangkakan prospek yang lebih baik pada separuh kedua 2022 berikutan kumpulan itu yakin ia mampu memperoleh lebih banyak kontrak, mengambil kira pasukannya yang kukuh, kedudukan sumber yang baik dan pengalaman serta kepakaran jangka panjang dalam industri pembinaan.


Pengarah Urusan kumpulan Tan Sri A K Nathan berkata gabungan itu akan membolehkan kumpulan untuk terus berdaya tahan terhadap kejutan luaran dan mengatasi pelbagai halangan, dan terus maju ke hadapan untuk memberikan nilai kepada semua pemegang kepentingannya.


"Dalam masa kumpulan bergerak ke fasa pemulihan dan pembinaan semula yang seterusnya, kami akan menumpukan kepada pembentukan semula kumpulan dengan fokus baharu kepada nilai asas teras kami di rantau yang kami telah bertapak kukuh bagi merebut pelbagai peluang yang muncul," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.


Beberapa bulan lepas, Eversendai memperoleh kontrak baharu bernilai lebih RM1.6 billion di pasaran utamanya, seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Sri Lanka, Singapura dan Malaysia.


Nilai perolehan kontrak kumpulan itu berjumlah RM2.13 bilion setakat Jun 2022 dan dijangka terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang, katanya


Kontrak baharu yang diperoleh termasuk projek terkenal seperti projek muzium di Abu Dhabi (UAE), Projek Taman Raja Salman-Jambatan Loop di Arab Saudi, Bandar Pendidikan Pusat Kebudayaan di Qatar, Projek Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Sri Lanka (dibiayai oleh kerajaan Jepun), Menara Keppel dan Projek Labrador di Singapura dan projek SK Nexilis di Sabah, Malaysia.


Sumber: Astro Awani

7 views

Comentarios


bottom of page