top of page

Eversendai dapat kerja keluli RM188 juta di Arab Saudi, India


Eversendai dapat kerja keluli RM188 juta di Arab Saudi, India
Eversendai Corporation Bhd

Eversendai dapat kerja keluli RM188 juta di Arab Saudi, India

KUALA LUMPUR: Eversendai Corporation Bhd (Eversendai) memperoleh kontrak bernilai RM188 juta bagi kerja keluli struktur di Arab Saudi dan India.


Eversendai bagaimanapun tidak mendedahkan pihak yang menganugerahkan kontrak itu.


Pengarah Urusan Eversendai, Tan Sri AK Nathan berkata, pihaknya kini sedang dalam proses memuktamadkan rakan kongsi tempatan untuk menerajui pengembangan dan pertumbuhan kumpulan di Arab Saudi.


"Kami juga dalam proses untuk menubuhkan sebuah kilang dengan kapasiti fabrikasi tahunan sebanyak 60,000 tan berhampiran Riyadh untuk menyokong keperluan keluli struktur yang besar," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.


Eversendai sebelum ini merekodkan kerugian prestasi kewangan sejak suku keempat berakhir 31 Disember 2019, sebelum berjaya pulih untuk mencatatkan keuntungan pada suku pertama 2023.


Nathan berkata, mempelbagaikan operasi ke dalam ekonomi Arab Saudi adalah penting untuk kemampanan Eversendai.


Beliau berkata, kumpulan optimis dan sudah meningkatkan usaha untuk mendapatkan lebih banyak projek.


"Projek keluli berstruktur ini sangat kompleks, sesuai dengan keupayaan teknikal Eversendai dan rekod prestasi dalam melaksanakan projek di 18 negara, sambil mematuhi keselamatan, kualiti dan penyiapan tepat pada masanya," katanya.


Sumber: Berita Harian


Eversendai dapat kerja keluli RM188 juta di Arab Saudi, India


12 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page