Saluran paip sedia ada Sarawak berpotensi diguna semula untuk hidrogen dan CCS
- 5 hours ago
- 2 min read

SARAWAK
Infrastruktur saluran paip sedia ada Sarawak mempunyai potensi untuk guna semula
Infrastruktur pipeline yang telah dibangunkan untuk industri minyak dan gas berpotensi dimanfaatkan bagi menyokong peralihan tenaga, khususnya sektor hidrogen, CCS dan bahan api mampan.
Pendekatan ini boleh mengoptimumkan aset sedia ada berbanding membina keseluruhan rangkaian infrastruktur baharu.
Namun, penggunaan semula tidak boleh dilakukan secara terus kerana setiap saluran paip perlu dinilai dari segi integriti, spesifikasi bahan, tekanan operasi, keselamatan dan keserasian material.
Kepakaran kejuruteraan pipeline kekal penting dalam era tenaga baharu
Menurut Pengasas Borneo Pipeline Conference (BPC), Kah Soon Chia, asas kejuruteraan saluran paip masih relevan walaupun jenis bahan tenaga yang diangkut berubah.
Peralihan daripada minyak dan gas konvensional kepada hidrogen, CCS dan bahan api mampan memerlukan piawaian serta kriteria teknikal baharu.
Kepakaran dalam asset management, inspection, maintenance dan integrity management akan menjadi semakin penting.
Hidrogen hijau membuka peluang baharu kepada infrastruktur sedia ada
Sarawak sedang mengembangkan agenda hidrogen hijau, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap infrastruktur untuk pengeluaran, penyimpanan dan pengangkutan hidrogen.
CCS turut berpotensi menggunakan rangkaian pipeline
Carbon Capture and Storage (CCS) memerlukan sistem pengangkutan CO₂ dari sumber pelepasan ke lokasi penyimpanan.
Pipeline boleh menjadi salah satu komponen penting dalam rantaian nilai CCS.
Bagaimanapun, CO₂ mempunyai ciri operasi yang berbeza daripada hidrokarbon dan memerlukan pertimbangan khusus berkaitan tekanan, suhu, corrosion, fracture control dan material compatibility.
Integriti aset perlu menjadi keutamaan sebelum repurposing
Penggunaan semula pipeline bukan sekadar menukar fungsi aset, sebaliknya memerlukan technical assessmentyang menyeluruh.
Penilaian perlu mengambil kira usia pipeline, sejarah operasi, keadaan fizikal, corrosion, weld integrity, tekanan dan rekod penyelenggaraan.
Prinsip pentingnya ialah asset repurposing mesti berasaskan bukti teknikal, bukan hanya pertimbangan ekonomi.
Dual role pipeline untuk tempoh 5–10 tahun akan datang
Pipeline dijangka memainkan dua fungsi serentak:
memastikan sistem minyak dan gas sedia ada terus beroperasi secara selamat;
menyediakan infrastruktur yang berpotensi menyokong bahan tenaga baharu.
Peralihan tenaga tidak semestinya bermaksud meninggalkan aset hidrokarbon secara serta-merta, tetapi boleh melibatkan pengoptimuman dan transformasi aset secara berperingkat.
Kerjasama pemilik aset, operator dan technology provider diperlukan
Pemilik aset dan operator mempunyai data sejarah serta keadaan sebenar pipeline.
Penyedia teknologi pula membawa penyelesaian terkini untuk inspection, monitoring, repair, modification dan repurposing.
Kerjasama antara ketiga-tiga pihak boleh mempercepatkan penentuan sama ada pipeline tertentu boleh digunakan semula atau perlu diganti.
TVS | Vanessa Enjop





Comments