top of page

RM15 juta disalurkan projek infrastruktur kompleks, jeti nelayan


RM15 juta disalurkan projek infrastruktur kompleks, jeti nelayan
Faiz (empat duduk kanan) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tiga duduk kanan) bersama nelayan yang menerima bantuan LKIM itu di Jeti Nelayan Sungai Buloh, Kuala Selangor.

RM15 juta disalurkan projek infrastruktur kompleks, jeti nelayan

KUALA SELANGOR – Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM15 juta bagi projek kemudahan infrastruktur kompleks dan jeti nelayan di seluruh negara.


Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, sebanyak RM10.6 juta daripadanya diperuntukkan bagi menaik taraf empat kompleks pendaratan ikan sedia ada.


“Selain itu, kerajaan menyalurkan RM2.4 juta bagi kerja-kerja menaik taraf lapan jeti sedia ada yang antaranya uzur dan usang.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Menerusi peruntukan itu, sejumlah RM2 juta disediakan bagi membina lima jeti nelayan baharu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rahmah Mesra Madani bersama LKIM di Jeti Nelayan Sungai Buloh di sini, petang ini.


Jelas Muhammad Faiz, LKIM turut menyediakan peruntukan khas berjumlah RM500,000 bagi projek pembaikan kecil jeti nelayan.


“Setakat ini, terdapat lebih 10 permohonan itu dikemukakan meliputi bantuan baik pulih bumbung dan mengecat jeti. Peruntukan ini diberikan selepas saya membuat lawatan dan mengenal pasti keperluan di semua jeti tersebut,” ujarnya.


Sumber: Kosmo!


RM15 juta disalurkan projek infrastruktur kompleks, jeti nelayan



Comentários


bottom of page