top of page

Pulau Pinang belum muktamad bina terowong dasar laut


Pulau Pinang belum muktamad bina terowong dasar laut
Pulau Pinang bercadang membina terowong dasar laut. - Foto BERNAMA

Pulau Pinang belum muktamad bina terowong dasar laut

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang belum memuktamadkan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut kerana masih menunggu pelan induk daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang membabitkan pembesaran kemudahan Pangkalan Kontena Butterworth Utara.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata EXCO kerajaan negeri baru sahaja diberi taklimat oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mengenai Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang untuk 30 tahun (2023-2053).


Beliau memaklumkan, Jawatankuasa Pemandu kerajaan negeri di bawah EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari akan meneliti cadangan yang dikemuka oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.


"(Keputusan) sama ada projek terowong ini akan diteruskan atau meminda jajaran atau reka bentuk, saya percaya Jawatankuasa Pemandu akan membuat syor untuk pertimbangan kerajaan negeri kelak," katanya," katanya di sini, hari ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd, Datuk Sasedharan Vasudevan dilaporkan berkata, rancangan pembesaran Pangkalan Kontena Butterworth Utara akan diteruskan dengan kos RM250 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.


Projek cadangan terowong sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam di tanah besar itu, sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas teruk di negeri itu.


Pada November 2023, Zairil memaklumkan antara pertimbangan untuk pelaksanaan projek terowong dasar laut ini ialah kedudukan jajaran terowong yang tidak akan menjadi gangguan atau halangan terhadap pembesaran kemudahan dermaga.



Pulau Pinang belum muktamad bina terowong dasar laut

bottom of page