top of page

P. Pinang pertimbang pelaksanaan projek terowong dasar laut


P. Pinang pertimbang pelaksanaan projek terowong dasar laut

P. Pinang pertimbang pelaksanaan projek terowong dasar laut

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan mempertimbangkan pelaksanaan projek  terowong dasar laut.


Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, pelaksanaan itu akan dibuat selepas Pelan Induk Pembesaran North Butterworth Container Terminal (NBCT) dimuktamadkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bulan depan.


“Berdasarkan ulasan pihak SPPP yang diterima oleh Kerajaan Negeri, kelebaran kawasan navigasi kapal di kawasan perairan di sebelah utara pelabuhan selebar 2.2 kilometer perlu dikekalkan bagi memastikan ruang navigasi yang selamat untuk pergerakan kapal.


“Terdapat trend ke arah pembinaan kapal yang lebih besar dan saiz kapal optimum antara 13,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) hingga 15,000 TEU untuk memasuk serta singgah di pelabuhan.


“Kapal-kapal ini dijangkakan mempunyai sarat air maksimum sebanyak 16 meter (m) manakala kedalaman minimum untuk laluan selamat (safe passage) bagi kapal bersaiz ini adalah 23 m dari aras dasar laut,” katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.


Sehubungan itu, Zairil berkata, antara pertimbangan projek Terowong Dasar Laut ini adalah kedudukan jajaran terowong agar tidak menjadi gangguan atau halangan kepada pemanjangan dermaga tambahan.


Media sebelum ini melaporkan projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.


Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd membabitkan beberapa syarikat.



P. Pinang pertimbang pelaksanaan projek terowong dasar laut

Opmerkingen


bottom of page