top of page

Projek terowong: Gua Eng ke SPRM sekali lagi


ree

ree

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.


Beliau tiba di pejabat SPRM pada 12.40 tengah hari bersama peguamnya, RSN Rayer dengan menaiki kereta hitam.


ree

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelutong sepatutnya tiba di SPRM pada 10 pagi,namun tiba lewat disebabkan tayar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya dari Pulau Pinang pancit di Simpang Pulai, Ipoh, Perak ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.


Rabu lalu beliau dipanggil SPRM buat kali pertama untuk membantu siasatan kes isu terowong berkenaaan.


Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan.


Sumber: Harian Metro


 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page