top of page

Projek Stadium Shah Alam bermula, kerja meroboh bermula


Stadium Shah Alam demolition process underway, marking the beginning of the new Shah Alam Sports Complex construction.
Kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam bermula sebagai langkah pertama dalam pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang baru.

Berita terkini industri pembinaan Malaysia - Klik untuk maklumat lanjut

SHAH ALAM – Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam telah bermula semalam selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Ia menandakan bermulanya kerja-kerja membangunkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang bakal memiliki pelbagai kemudahan termasuk sebuah hotel.


ree

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Saipolyazan M. Yusop berkata, beliau sempat singgah ke Stadium Shah Alam bagi melihat kerja perobohan.


ree

“Saya mengarahkan pasukan projek dan kontraktor memastikan parameter pemantauan seperti bunyi, habuk, air, trafik dan lain-lain sentiasa dipantau.


ree

“Ini bagi memastikan seminimun gangguan kepada penduduk sekitar,” katanya dalam perkongsian menerusi facebook rasminya, hari ini.


ree

Kosmo! pada 6 Jun lalu melaporkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim memaklumkan perobohan stadium tersebut belum dapat susulan belum menerima pelan pembangunan daripada pemaju.


ree

Ia merupakan syarat penyediaan pelan tersebut perlu dipatuhi meskipun pelan Kebenaran Merancang telah diluluskan hujung tahun lalu.


ree

ree

Saipolyazan turut menjelaskan, MBI sentiasa memantau proses tersebut dan laporan dihantar setiap bulan bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jadual ditetapkan.


ree

ree

Projek Stadium Shah Alam bermula, kerja meroboh bermula

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page