top of page

Perobohan Stadium Shah Alam selesai pertengahan tahun depan


Perobohan Stadium Shah Alam selesai pertengahan tahun depan
Proses perobohan Stadium Shah Alam akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang diikuti proses merungkai struktur sedia ada.

Perobohan Stadium Shah Alam selesai pertengahan tahun depan

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) – MBI Selangor dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi pembangunan Stadium Shah Alam pada Selasa.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usahasama itu menandakan kerja-kerja fizikal akan dimulakan setelah melalui proses perancangan dan prosedur rapi.


Menurutnya, proses perobohan akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang diikuti proses merungkai struktur sedia ada.


"Dijangka proses mengambil tempoh sehingga pertengahan tahun hadapan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.


Amirudin berkata, beliau menekankan kepada pihak terlibat bahawa pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Ia menjadi model yang menggunapakai kaedah terbaik (best practices) dalam pembangunan infrastruktur.


"Segala langkah mitigasi untuk menangani impak pembangunan akan dimaklumkan oleh pihak pemaju kepada komuniti tempatan agar proses ini berjalan sebaiknya," katanya.


Januari lalu Amirudin memaklumkan kerja perobohan stadium akan menggunakan kaedah manual iaitu bantuan mesin berbanding bahan letupan bagi mengelak kesan kepada kawasan kejiranan di situ.


Beliau memberi jaminan kerja perobohan akan berlaku selain memastikan prosesnya disegerakan.


Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan pembinaan kompleks sukan baharu termasuk pembinaan semula Stadium Shah Alam yang menelan kos antara RM787 hingga RM800 juta.


Venue itu bakal dilengkapi teknologi tinggi apabila permukaan padangnya boleh diubah seperti mana yang terdapat di Stadium Alabama, Amerika Syarikat.


Mengikut perancangan asal stadium berkenaan dijadual dirobohkan Disember tahun lalu namun tertangguh sehingga kini.


Sumber: Sinar Harian


Perobohan Stadium Shah Alam selesai pertengahan tahun depan

28 views

Comments


bottom of page