top of page

Projek pembekalan air Pahang : 3 lagi ditahan SPRM


Projek pembekalan air Pahang : 3 lagi ditahan SPRM

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai dari sebuah agensi jabatan di Pahang yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta, hari ini.


Tangkapan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan hari ini berhubung kes tersebut sebanyak lima orang.


Menurut sumber, kesemua mereka berusia antara 35 tahun hingga 51 tahun dan telah ditahan di antara pukul 3.50 petang hingga 10.40 malam ini.


“Kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Pahang selepas hadir memberi keterangan.


“Mereka disyaki bersekongkol dengan beberapa individu yang telah direman Jumaat lalu untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang,” katanya.


Jelas sumber, mereka yang ditahan ialah penolong pengurus syarikat Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) daerah, penolong pengurus, penolong pegawai operasi dan dua kontraktor.


Tambah sumber, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kelima-lima suspek di Mahkamah Majistret Kuantan. Pahang pada esok dan akan disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (A) dan Sekyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Sumber: Utusan


14 views
bottom of page