top of page

Projek kontroversi Disneyland, di luar pengetahuan - Ab Rauf

Nov 23, 2022
1 min read

Projek kontroversi Disneyland, di luar pengetahuan - Ab Rauf Astro Awani www.astroawani.com
Baru-baru ini, media kerajaan negeri menyiarkan Melaka akan membangunkan sebuah taman tema Disneyland dan Disney City sehingga mencetuskan kontroversi. Gambar kecil Ab Rauf Yusoh - Gambar hiasan/Sinar Harian

MELAKA: Exco Kanan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidak mengetahui kewujudan projek pembinaan taman tema Disneyland yang mencetuskan kontroversi.


Beliau berkata, tidak mendapat sebarang maklumat tepat berhubung projek berkenaan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali termasuk Exco yang mengeluarkan kenyataan tersebut.


"Itu di luar pengetahuan saya, saya belum dapat maklumat lagi... saya tak tahu apa dia (Exco Pelancongan) buat dan tiada sebarang perbincangan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.


Baru-baru ini, media kerajaan negeri menyiarkan Melaka akan membangunkan sebuah taman tema Disneyland dan Disney City berkeluasan kira-kira 80.9 hektar, yang terbesar di Asia Tenggara.


Projek yang dibangunkan dengan kos pembinaan keseluruhan termasuk dilengkapi laluan kereta api maglev (pengapungan magnetik) tanpa geseran dengan kos pembinaan bernilai RM2 bilion.


Namun Disney secara rasmi mengesahkan serta menafikan syarikatnya mempunyai sebarang perancangan untuk membina taman tema di negeri ini.


Sementara itu Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Jailani Khamis dalam sidang akhbar pada Jumaat, memohon maaf kepada syarikat media dari Amerika Syarikat (AS) The Walt Disney Company (Disney) kerana kekeliruan perancangan projek itu di Jasin, Melaka.


Beliau menjelaskan, ia hanyalah satu perancangan bagi pembinaan Disney City dan belum ada sebarang persetujuan mahupun perjanjian bagi merealisasikan projek mega berkenaan.


"Saya meminta maaf atas kekeliruan ini," katanya.


Sumber: Sinar Harian


 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2026 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page