top of page

Projek HSR Jakarta-Bandung berjalan lancar


Projek HSR Jakarta-Bandung berjalan lancar Berita Harian www.bharian.com.my
Projek HSR Jakarta-Bandung - Foto China Railway

BEIJING: Proses penghantaran kumpulan pertama gerabak Unit Gandaan Elektrik (EMU) berkelajuan tinggi dan tren pemeriksaan komprehensif buatan China untuk kegunaan laluan Jakarta-Bandung dari Tanjung Priok, Jakarta ke Bandung melalui lebuh raya sudah pun bermula pada Jumaat lalu.


Ini menandakan satu lagi kemajuan baharu bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang juga projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dilaksana secara usahasama China dan Indonesia.


Tren berkenaan yang diangkut dari pelabuhan Qingdao, China tiba di pelabuhan Tanjung Priok pada Khamis lalu, sekali gus menjadi kereta api berkelajuan tinggi buatan China yang pertama dieksport ke luar negara.


Menurut perancangan, baki gerabak EMU akan dihantar dari China ke Indonesia secara berperingkat menjelang awal 2023.


EMU itu direka khusus untuk laluan Jakarta-Bandung, dengan kelajuan operasi maksimum 350 kilometer sejam.


Tren itu dibangunkan menggunakan teknologi EMU 'Fuxing' dan disesuaikan dengan persekitaran serta keadaan laluan di Indonesia di samping memenuhi semua keperluan operasi perkhidmatan berkenaan.


Sebagai landasan HSR yang pertama di rantau Asia Tenggara, projek berkenaan dibina dengan mengguna pakai sepenuhnya piawaian China.


Selepas siap sepenuhnya kelak, landasan sepanjang 142 kilometer itu akan dapat menjimatkan masa perjalanan di antara dua bandar terbabit kepada 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.


Sumber: Berita Harian

15 views

Comments


bottom of page