top of page

Projek baik pulih Stadium Tertutup Kapit dalam proses penyusunan dokumen tender, diiklankan bulan ini


ree
Gambar hiasan: Stadium Kapit

ree

KUCHING: Projek baik pulih Stadium Tertutup Kapit masih dalam proses penyusunan dokumen tender dan akan diiklankan di bawah Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) pada bulan ini. 


Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu (gambar) berkata sesi taklimat tender telah diadakan pada 7 November 2024. 


Manakala kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula pada bulan Januari 2025 dengan tempoh pembinaan selama lapan bulan, kata Rentap. 


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. 


Mengenai baik pulih Kolam Renang Kapit, Rentap berkata ia masih dalam peringkat pengiklanan dan iklan tersebut akan ditutup pada 20 November ini. 


Manakala kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula pada bulan Disember 2024 dengan tempoh pembinaan selama enam bulan, kata Rentap. 


Ditanya apakah skop kerja baik pulih Stadium Tertutup Kapit dan Kolam Renang Kapit, Rentap berkata antara skop kerja bagi Kolam Renang Kapit adalah penggantian dua buah pam edar semula dan penukaran pasir dan peralatan dua buah tangki pelapis air. 


Lain-lain skop kerja termasuklah penyelenggaraan dua pam dos kimia, penyelenggaraan dua motor pengadun pengudaraan dan penukaran injap kaki saiz 10 inci dan kelengkapan lain. 


Manakala bagi skop kerja yang akan dilaksanakan untuk Stadium Tertutup Kapit adalah melibatkan kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja elektrikal. 


Dalam pada itu, bagi membantu golongan belia khususnya di kawasan Pelagus, kementerian menurut Rentap mempunyai strategi khas bagi membangunkan golongan belia berdasarkan Teras Strategi tersebut. 


Antara fokus katanya mengadakan program pendidikan, latihan serta platform yang berkualiti dalam bidang-bidang strategik berdasarkan Konsep dan Pendekatan 7K (Kepimpinan, Kesukanan, Keusahawanan, Kreativiti, Kebudayaan, Kesukarelawan dan Kerohanian). 


Pihak kementerian katanya juga bersedia bekerjasama dengan pihak yang berhormat bagi memastikan program berkenaan boleh dilaksanakan di masa hadapan.   


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page