top of page

Projek jaringan jalan raya luar bandar tingkatkan sosioekonomi di Kapit


Projek jaringan jalan raya luar bandar tingkatkan sosioekonomi di Kapit
Majlis pecah tanah projek membabitkan Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sg Song, Song, Kapit, Sarawak dirasmikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Projek jaringan jalan raya luar bandar tingkatkan sosioekonomi di Kapit

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat mewujudkan laluan lebih baik dengan jaringan jalan raya di Kapit, Sarawak bagi menggantikan pengangkutan air melalui tiga fasa projek luar bandar yang menghubungkan Nanga Kabah ke Nanga Melipis.


Berdasarkan kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR), sekurang-kurangnya 3,000 penduduk tempatan di Kapit bakal menerima limpahan kesan peningkatan sosioekonomi melalui projek jalan luar bandar fasa satu yang sudah dilancarkan.


Katanya, projek fasa satu itu membabitkan laluan sepanjang 16.375 kilometer (km), mewujudkan jaringan jalan raya kepada dua sekolah serta menjadi akses darat penting ke Pekan Kanowit dan bandar Sibu yang kemudiannya akan menghubungkan ke Lebuh Raya Pan Borneo.


"Projek jalan kategori jalan luar bandar milik Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) ini adalah fasa satu daripada tiga fasa keseluruhan yang menghubungkan Nanga Kabah ke Nanga Melipis.


"Ia membabitkan pembinaan tiga jambatan iaitu Jambatan Sungai Kabah sepanjang 72 meter (m), Sungai Beguang (62 m) dan Sungai Temiang (62 m)," katanya hari ini.


Majlis pecah tanah projek membabitkan Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sg Song, Song, Kapit, Sarawak itu dirasmikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Projek jaringan jalan raya luar bandar tingkatkan sosioekonomi di Kapit

Projek jaringan jalan raya luar bandar tingkatkan sosioekonomi di Kapit
Majlis pecah tanah projek membabitkan Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sg Song, Song, Kapit, Sarawak dirasmikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - Foto Facebook Alexander Nanta Linggi

Agensi pelaksana bagi projek jalan fasa satu ini adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.


Pada masa sama, KKR berkata, pihaknya turut mempunyai perancangan susulan iaitu pembinaan sebuah jambatan dua hala merentasi Batang Rejang yang menghubungkan jalan Nanga Menuan/ Nanga Setepus ke jalan Song-Kapit.


Katanya, projek itu membabitkan laluan sepanjang kira-kira 900m dan 600m jalan tuju Baharu berdekatan dengan Bandar Kapit dan Pekan Song.


"Projek ini sedang dimohon di bawah Projek/Program Pembangunan Baharu Rolling Plan Empat, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP4, RMK12) tahun ini.


"Ia bakal menyediakan mod perhubungan jambatan dan jalan luar bandar ke Bandar Kapit, Pekan Song dan Pekan Kanowit yang selamat dan selesa berbanding melalui jalan air buat masa kini,"katanya.

Projek jaringan jalan raya luar bandar tingkatkan sosioekonomi di Kapit
Gambar peta pembinaan Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sungai Song Fasa 1 (jalur merah) yang akan menjadi laluan alternatif yang menghubungkan Bahagian Sibu dengan Bahagian Kapit.

Menurut KKR, pembangunan infrastruktur masa hadapan ini berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat Madani, kerana pada ketika ini hanya 23.6 peratus penempatan di Bahagian Kapit dihubungkan dengan jalan awam.


"Sejumlah 76.4 peratus masih menggunakan jalan balak, jalan sawit dan pengangkutan air untuk ke Bandar Kapit.


"Pelaksanaan projek ini adalah satu lagi bukti komitmen kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam membangunkan rangkaian jalan raya secara lebih terancang, sistematik dan efisien.


"Ini selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR yang ingin menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani secara berterusan," katanya.


Sumber: Berita Harian


Projek jaringan jalan raya luar bandar tingkatkan sosioekonomi di Kapit

bottom of page