top of page

Bandar Kapit diperluas, bakal berubah wajah


Bandar Kapit, Sarawak
Bandar Kapit, Sarawak

Bandar Kapit, Sarawak

KAPIT: Bandar Kapit akan berubah wajah apabila kerajaan melaksanakan projek peluasan bandar itu nanti di bawah pelan induknya.


Tujuannya menurut Premier Sarawak adalah bagi memenuhi keperluan penduduk ekoran pembangunan pesat di sini.


Kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pelan pembangunan bandar baharu itu yang membabitkan pembesaran tanah sudah siap.akan disambung dengan bandar Kapit sedia ada.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri, di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit, semalam.


“Pembangunan di bandar Kapit sudah begitu pesat hingga berlaku kesesakan lalu lintas,” jelasnya.


“Oleh itu, kita bakal membangunkan Kapit baharu, iaitu pembesaran bandar Kapit,” jelasnya.


Jelasnya, Kapit sudah mempunyai pelan induk pembangunan, termasuk pusat komersial, perumahan dan jalan asas yang bakal menghubungkan bandar lama terus ke jalan utama mengarah ke Sibu.


Kata Abang johari lagi, projek pembangunan di Bahagian Kapit membabitkan peruntukan RM400 juta sebelum ini meliputi projek di bawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), projek rakyat dan projek kecil lain.


Ini termasuk jalan raya di kawasan Kapit, Baleh dan Bukit Mabong.


“Pada amnya, Bahagian Kapit sedang pesat membangun, begitu juga kawasan di sekitarnya. Projek pembangunan berjalan lancar, namun ada beberapa perkara yang memerlukan perbincangan lanjut disebabkan cabaran yang membantutkan pelaksanaannya,” jelas beliau.


Sumber: Sarawak Voice


7 views

Comentários


bottom of page