top of page

Penyelamat gerudi dari dua arah untuk selamatkan 41 lelaki yang terperangkap​


Penyelamat gerudi dari dua arah untuk selamatkan 41 lelaki yang terperangkap​
Pasukan penyelamat India membersihkan runtuhan dengan jengkaut dan menggali terowong hari ini untuk membersihkan laluan bagi tiub logam panjang - laluan melarikan diri yang diharapkan untuk berpuluh-puluh pekerja yang terperangkap dalam terowong jalan yang runtuh selama 11 hari. - Foto AFP

Penyelamat gerudi dari dua arah untuk selamatkan 41 lelaki yang terperangkap​

SILKYARA: Pasukan penyelamat India bertungkus lumus mengeluarkan 41 pekerja yang terperangkap dalam terowong jalan yang runtuh selama 11 hari.


Pasukan penyelamat kini sedang menggerudi dari dua arah dalam usaha menggali laluan penyelamat sepanjang hampir setengah kilometer untuk mencapai mangsa yang semakin terdesak.


Jengkaut digunakan untuk mengalihkan tanah, konkrit dan runtuhan dari terowong yang sedang dalam pembinaan di Uttarakhand, utara Himalaya sejak 12 November lalu, apabila sebahagian daripada terowong itu runtuh.


Bagaimanapun, usaha menyelamat bertukar rumit dan perlahan akibat kerosakan berulang pada mesin penggerudi berat.


Tapak runtuhan ketika ini sibuk dengan jengkaut dan trak berat yang membawa masuk tiub ke pintu masuk terowong.


Tiub itu direka untuk menjadi laluan keluar yang selamat kerana penggerudian secara mendatar membawa ia terus ke arah mangsa.


Sekurang-kurangnya 57 meter (187 kaki) tanah dan batu memisahkan mangsa yang terperangkap dengan usaha menyelamat.


Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami berkata, "kemajuan positif berjaya dicapai dalam tempoh 24 jam terakhir".


Semalam, imej kesemua 41 pekerja dilihat buat pertama kali menerusi lensa kamera endoskopik yang dihantar oleh penyelamat.


Kesemua mangsa yang terperangkap berada dalam ruang kira-kira 8.5 meter (28 kaki) tinggi, sepanjang kira-kira dua kilometer (1.2 batu) panjang.



Penyelamat gerudi dari dua arah untuk selamatkan 41 lelaki yang terperangkap​

30 views

Comments


bottom of page