top of page

AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat


AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat
Pelan itu memerlukan "pelaburan berkualiti tinggi dalam membina infrastruktur mampan" yang akan mengisi jurang global. - Gambar hiasan/AP

AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat

NEW DELHI: Amerika Syarikat merancang untuk melancarkan projek rel dan perkapalan dengan rakan kongsi yang lain bagi memudahkan perdagangan dari India ke Eropah melalui Timur Tengah (Asia Barat), kata pegawai AS pada Sabtu.


AS, India, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kesatuan Eropah merancang untuk menerima pakai pengisytiharan yang sepadan mengenai projek itu pada sidang kemuncak G20 di New Delhi, menurut Rumah Putih pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Pelan itu memerlukan "pelaburan berkualiti tinggi dalam membina infrastruktur mampan" yang akan mengisi jurang global serta membawa kemakmuran yang lebih besar dan ketersambungan yang lebih baik untuk wilayah utama di seluruh dunia, menurut Rumah Putih dalam taklimat. Bagi Asia Barat, projek itu merupakan peluang yang baik bagi meningkatkan perdagangan global, komunikasi digital dan tenaga, kata seorang pegawai kerajaan AS.


Rumah Putih enggan memberi butiran mengenai tempoh jangka masa.


Portal berita Axios sebelum ini melaporkan bahawa ini adalah satu daripada "inisiatif utama" Washington yang bertujuan untuk membendung pengaruh China di Timur Tengah.


Dengan inisiatif "New Silk Road", Beijing menyokong projek infrastruktur di seluruh dunia dan telah memuktamadkan banyak perjanjian dengan hampir semua negara Arab.


Sumber: Astro Awani


AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat


bottom of page