top of page

Jambatan merentasi Sungai Ganga di daerah Bhagalpur, BiharIndia runtuh buat kali kedua


jambatan yang sedang dibina merentasi Sungai Ganga di daerah Bhagalpur di Bihar, India
Tahun lalu, pembinaan jambatan tersebut runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat. - Foto Twitter/NDTV

EvolusiBina Evolusi Bina CIDB CCD Malaysian Construction Industry

SEBUAH jambatan yang sedang dibina merentasi Sungai Ganga di daerah Bhagalpur di Bihar, India dilaporkan runtuh pada Ahad.


Jambatan dengan kos pembinaan hampir RM1 juta itu merupakan jambatan empat lorong yang dibina antara Sultanganj di Bhagalpur dan Aguwani di daerah Khagaria, runtuh buat kali kedua.


Susulan kejadian itu, kerajaan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan. Tahun lalu, pembinaan jambatan tersebut runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat.


Pembinaan yang bermula pada 2014 itu gagal disiapkan selama lapan kali.


Media tempatan melaporkan, ketika kejadian runtuhan itu, pekerja pembinaan sedang giat melakukan kerja-kerja binaan.


Namun, setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan.


Difahamkan, jambatan tersebut sepatutnya siap pada 2019, namun pada Mac 2019, terdapat 25 peratus kerja-kerja pembinaan yang masih tidak siap.


Kemudian ia dilanjutkan kepada Mac 2020, dan ia sekali lagi dilanjutkan pada 2022.


Bagaimanapun kerajaan tidak mengenakan sebarang denda kepada syarikat pembinaan atas kelewatan itu, namun terus memberikan masa untuk menyiapkan pembinaan.


Pada 30 April 2022, struktur antara tiang nombor empat dan enam jambatan itu runtuh akibat angin kencang dan hujan.


Ketika itu persoalan serius ditimbulkan mengenai kerja pembinaan itu, namun tiada tindakan diambil terhadap syarikat itu.


Sebaliknya, syarikat itu diberi lebih masa untuk menyiapkan kerja jambatan. Jambatan itu penting kerana ia menghubungkan utara dan selatan Bihar.


Tidak lama selepas jambatan runtuh, Ketua Menteri meminta pegawai jabatan pembinaan jalan raya untuk menjalankan siasatan, selain mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atasnya.


Timbalan Ketua Menteri, Tejashwi Prasad Yadav memegang portfolio jabatan pembinaan jalan raya, yang pada sebelah malamnya memberi taklimat kepada media, mengatakan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bersalah.


Jambatan Sungai Ganga di daerah Bhagalpur, BiharIndia


Sumber: Astro Awani

Comments


bottom of page