top of page

Pembinaan jambatan Bailey di jalan Jeli-Kuala Balah bermula hari ini


Pembinaan jambatan Bailey di jalan Jeli-Kuala Balah bermula hari ini
KERJA-kerja pembinaan jambatan Bailey memberikan kelegaan kepada penduduk dan pengguna jalan Jeli-Kuala Balah di Kampung Kubur Datuk, Jeli Kelantan yang runtuh beberapa hari lalu- GAMBAR IHSAN JKR JELI.

Pembinaan jambatan Bailey di jalan Jeli-Kuala Balah bermula hari ini

JELI: Pembinaan jambatan Bailey di jalan Jeli-Kuala Balah berhampiran Kampung Kubur Datuk di sini yang runtuh akibat banjir bermula hari ini.


Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik berkata, kerja-kerja pembinaan dibawah selian Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dijangka siap sepenuhnya pada 10 Januari ini.


Menurutnya, pembinaan jambatan sementara itu memberikan sedikit kelegaan dan kemudahan kepada penduduk setempat untuk melaksanakan urusan harian mereka yang terjejas sebelum ini akibat runtuhan itu.


“Pada masa sama, ia turut memberikan kemudahan kepada pengguna lain yang menggunakan laluan tersebut.


“Pembinaan ini melibatkan laluan sehala dan hanya dibuka kepada kenderaan ringan sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Zahari memberitahu, hanya sebuah kenderaan yang boleh menggunakan laluan tersebut dalam satu-satu sama secara bergilir-gilir.


Katanya, beliau berharap penduduk dan pengguna dapat bersabar serta bertolak ansur semasa menggunakan laluan tersebut.


“Ini merupakan langkah awal yang diambil sebelum kita menyelesaikan sepenuhnya masalah itu dengan melakukan penggantian pembetung secara kekal.


“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pembetung sedia telah rosak dan menyebabkan berlaku mendapan di kawasan tersebut. Situasi itu membawa kepada berlaku runtuhan tanah di jalan tersebut,” ujarnya.


Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penduduk dan pengguna jalan Jeli-Kuala Balah berhampiran Kampung Kubur Datuk di sini terputus hubungan selepas laluan yang menjadi nadi utama mereka runtuh.


Situasi itu menyebabkan lebih 2,000 lebih penggunaan terkandas dan terpaksa mencari alternatif lain.


Difahamkan, runtuhan itu dipercayai berlaku pada pukul 4 petang yang menyaksikan laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.


Seorang pengguna Nadia Natasha Ibrahim,33, berkata, situasi menyebabkan dia terpaksa menggunakan laluan Kuala Krai untuk pulang ke rumahnya di Kampung Pasir Jering.


Sumber: Utusan


Pembinaan jambatan Bailey di jalan Jeli-Kuala Balah bermula hari ini

bottom of page