top of page

Pekerja sub kontraktor maut terjatuh ketika tukar siling


Pekerja sub kontraktor maut terjatuh ketika tukar siling
Gambar hiasan

Pekerja sub kontraktor maut terjatuh ketika tukar siling

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang terjatuh dari ketinggian 4.5 meter ketika menjalankan kerja-kerja menukar siling di sebuah institut kemahiran di Kepala Batas, di sini pada 12 September lalu dilaporkan meninggal dunia semalam.


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, sepasukan pegawai penyiasat dari DOSH diarahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan selepas menerima maklumat berhubung kes tersebut.


“Berdasarkan siasatan awal, mangsa merupakan pekerja sub-kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja selenggaraan dan pembaikan di institut tersebut.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Sebelum kejadian, mangsa bersama dua orang pekerja lain sedang menjalankan kerja-kerja menukar siling berhadapan pentas di dewan institut tersebut. Mangsa tidak sedarkan diri selepas dikatakan telah terjatuh dari ketinggian 15 kaki dan dikejarkan ke hospital berdekatan,” katanya di sini ,hari ini.


Tambahnya lagi, mangsa disahkan meninggal dunia pda 20 September (semalam) selepas lebih seminggu menerima rawatan.


“Susulan itu, JKKP telah mengeluarkan satu notis larangan dan bagi aktiviti bekerja di tempat tinggi sehingga langkah-langkah sewajarnya dijalankan oleh pihak berkaitan.


“JKKP negeri juga akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya.


Selain itu katanya, majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.


Sumber: Kosmo!


Pekerja sub kontraktor maut terjatuh ketika tukar siling


Kommentare


bottom of page