top of page

Parlimen: KKR belanja hampir RM10 bilion pada 2023 laksana projek


Parlimen: KKR belanja hampir RM10 bilion pada 2023 laksana projek
Dewan Rakyat dimaklumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membelanjakan RM9.549 bilion sepanjang tahun lepas untuk melaksanakan pelbagai projek. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: KKR belanja hampir RM10 bilion pada 2023 laksana projek

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dewan Rakyat dimaklumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membelanjakan RM9.549 bilion sepanjang tahun lepas untuk melaksanakan pelbagai projek.


Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah perbelanjaan itu mewakili 99.96 peratsu daripada peruntukan keseluruhan RM9.553 bilion yang diterima kementerian.


Jelas beliau, sebanyak 2,118 projek fizikal pembinaan dan 9,349 jumlah kerja fizikal penyelenggaraan dilaksanakan oleh KKR atau Jabatan Kerja Raya (JKR).


“Bilangan dan kos yang dinyatakan ini adalah bagi projek Kerajaan Persekutuan sahaja,” katanya.


Beliau menjawab soalan Manndzri Nasib (Barisan Nasional – Tenggara) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan berapa jumlah projek Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang dikendalikan oleh KKR atau JKR pada 2023 dan 2024 serta nilai dan jumlah projek yang berjaya diselesaikan mengikut jadual.


Sementara itu Alexander Nanta memaklumkan bagi projek Rolling Plan 4 (RP4) yang dilaksanakan JKR, data sehingga 15 Februari lepas menunjukkan sejumlah 475 projek fizikal pembinaan baharu dengan kos RM18 bilion.


“Selain itu terdapat juga baki projek sambungan iaitu sebanyak 1,340 dengan kos berjumlah RM60.38 bilion bagi projek fizikal pembinaan manakala terdapat 26 jumlah kerja fizikal penyelenggaraan sambungan akan dilaksnakan pada tahun ini dengan kos berjumlah RM45.24 juta,” jelasnya.


Tambah Alexander Nanta lagi, pada 2023, sejumlah 182 projek berjaya disiapkan dengan kos bernilai RM4.63 bilion  manakala setakat 15 Februari 2024, sebanyak 16 projek disiapkan dengan kos RM91 juta.


Sumber: TVS


Parlimen: KKR belanja hampir RM10 bilion pada 2023 laksana projek

16 views
bottom of page