top of page

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan


KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Gambar hiasan: Bangunan menara KKR

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 November lepas.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,435 ialah aduan berkenaan jalan seliaan KKR dan 4,005 adalah di bawah tanggungjawab pihak berwajib yang lain.


"Menerusi Belanjawan 2024, KKR bakal menerima peruntukan sebanyak RM2.8 bilion yang disediakan untuk menyelenggara jalan raya dan jambatan di laluan Jalan Persekutuan selari hasrat KKR untuk terus memperkasakan kempen MYJalan,” katanya ketika berucap pada Anugerah Media Pembinaan (AMP) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2023 di sini pada Isnin.


Sementara itu, beliau berkata, kaedah Tongue and Groove Shaped Concrete Drain Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu inovasi bagi kerja-kerja pemasangan longkang lebih berkualiti dan efektif telah diguna pakai di 35 projek JKR terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


"Selain itu, pemerhatian turut diberikan untuk Smart Traffic Light yang dilengkapi dengan kamera pintar (kecerdasan buatan) di persimpangan jalan yang terpilih di seluruh negara terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai,” katanya.


Dalam pada itu, Nanta berkata, KKR telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa bagi inovasi teknologi iSupervision daripada JKR.


"KKR amat komited dalam melaksanakan inovasi berimpak tinggi yang diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sistem ini (iSupervision) telah diguna pakai di empat projek hospital dengan keberhasilan pengawasan secara IoT (Internet benda) yang lebih cekap, tanpa kaedah manual,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan

bottom of page