top of page

KKR sasar 50 peratus projek guna teknologi BIM


KKR sasar 50 peratus projek guna teknologi BIM
NANTA bergambar bersama penerima Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (AMP 2023) pada Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya dan Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023, malam ini. FOTO Asyraf Hamzah

KKR sasar 50 peratus projek guna teknologi BIM

Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) mensasarkan 50 peratus daripada projek bernilai RM10 juta ke atas untuk dilaksanakan melalui kaedah teknologi Building Information Modelling atau BIM.


Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, teknologi BIM dan IBS (Industrial Building System) juga turut diperluaskan bagi projek perumahan awam dan swasta yang membabitkan projek perbandaran Baharu (New Township Project).


"KKR juga amat komited dalam melaksanakan inovasi berimpak tinggi yang diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.


"Inovasi teknologi iSupervision dari JKR memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Sistem ini diguna pakai di empat empat projek hospital dengan keberhasilan pengawasan secara Internet of Things atau Internet untuk segalanya (IoT) yang lebih cekap, tanpa kaedah manual," katanya ketika berucap pada Malam Penghargaan Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023c di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.


Hadir sama, Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.


Beliau berkata, selain itu kaedah Tongue and Groove Shaped Concrete Drain (JKR) yang inovasi bagi kerja-kerja pemasangan longkang lebih berkualiti dan efektif telah diguna pakai di 35 projek JKR terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


"Pemerhatian turut diberikan untuk pemasangan Smart Traffic Light yang dilengkapi dengan kamera pintar (kecerdasan buatan) di persimpangan jalan yang terpilih di seluruh negara terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai.


"Sebagai peneraju sektor pembinaan dan pembangunan infrastruktur negara, isu penyenggaraan jalan adalah menjadi dasar keutamaan yang amat saya tekankan," katanya.


Sumber: Harian Metro


KKR sasar 50 peratus projek guna teknologi BIM

22 views
bottom of page