top of page

Pakej 11 Projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR


Pakej 11 Projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR
Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai saluran paip air berkembar selari terowong mikro terpanjang dan terdalam. Paip air yang mengangumkan itu mempunyai ukuran 331.50 meter panjang dan purata kedalaman 25.23 meter. - Foto BERNAMA

Pakej 11 Projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR

KUALA LUMPUR: Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai saluran paip air berkembar selari terowong mikro terpanjang dan terdalam di Malaysia.


Paip air yang mengagumkan itu mempunyai ukuran 331.50 meter panjang dan purata kedalaman 25.23 meter.


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), Zulkiflee Omar berkata reka bentuk kerja terowong mikro Pakej 11 itu membuktikan komitmen PAAB terhadap usaha kemampanan.


"Dengan membina paip selari, kami dapat mengurangkan risiko kemungkinan kebocoran pada paip bawah tanah.


"Pandangan jauh ini membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang lebih mudah pada masa hadapan, memastikan infrastruktur penting ini terus dapat memberi khidmat kepada orang ramai dengan berkesan," katanya dalam ucapannya sebelum menerima anugerah daripada perunding rekod kanan MBOR Edwin Yeoh, hari ini.

Pakej 11 Projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR
Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai saluran paip air berkembar selari terowong mikro terpanjang dan terdalam. Paip air yang mengangumkan itu mempunyai ukuran 331.50 meter panjang dan purata kedalaman 25.23 meter. - fotoBERNAMA

Langat 2 Fasa 1, sebuah projek di bawah PAAB, membabitkan membekal dan memasang saluran paip air terawat utama dari Lebuhraya Sungai Besi ke kolam air sedia ada di Bukit Dengkil, manakala Pakej 11 ialah saluran paip utama yang berperanan menyalurkan bekalan air terawat ke koridor barat, Selangor dan Kuala Lumpur.


Zulkiflee berkata kerja-kerja terowong mikro di bawah Pakej 11 itu telah merentasi lima saluran pengangkutan utama Lembah Klang, termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban; Aliran Transit Aliran Massa 2 (bertingkat); laluan rel KTMB; ERL (Express Rail Link) dan BESRAYA.


Menurutnya, setakat Ogos, projek Langat 2 Fasa 1 telah mencapai kadar kemajuan keseluruhan 95.28 peratus. Projek itu dijangka mampu menyalurkan sejumlah 1.13 juta liter air terawat setiap hari menjelang akhir tahun daripada kira-kira 656.5 juta liter kini.


Zulkiflee berkata projek itu bukan sahaja mentakrifkan semula keupayaan PAAB tetapi juga telah memulakan era baharu keselamatan air untuk Lembah Klang, dengan pencapaian yang mampu memecahkan rekod.


"Memandang ke hadapan, marilah kita imbau bahawa air adalah kehidupan dan dengan usaha seperti Pakej 11, kita menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua," katanya.


Sumber: Berita Harian


Pakej 11 Projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR


Comments


bottom of page