top of page

Projek LRA Langat 2 alami kelewatan


Projek LRA Langat 2 alami kelewatan Sinar Harian www.sinarharian.com.my
Gambar hiasan: Projek LRA 2

SHAH ALAM - Projek Loji Rawatan Air ( LRA ) Langat 2 dan Sistem Agihan yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mengalami kelewatan sehingga Mei lalu.


Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, kemajuan keseluruhan projek itu berada pada tahap 90.32 peratus berbanding jadual sebenar kemajuan kerja pada tahap 92.58 peratus.


"Berdasarkan kepada maklumat diberikan PAAB, kemajuan projek ini mengalami kelewatan sebanyak 2.26 peratus berbanding jadual sebenar kemajuan projek berkenaan," katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze mengenai kemajuan projek LRA Langat 2 semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.


Izham berkata, LRA Langat 2 mempunyai kapasiti reka bentuk pengeluaran air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari (JLH) telah pun siap dan diaktifkan bermula pada Disember 2019.


Bagaimanapun katanya, sistem agihan bagi LRA Langat 2 yang merangkumi Koridor Barat dan Koridor Utara masih lagi dalam peringkat pembinaan dan hanya akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023.


"Bagi memastikan air terawat daripada LRA Langat 2 ini dapat disalurkan kepada pengguna, pihak PAAB telah membuat penyambungan dari Kolam Imbangan Baru LRA Langat 2 di Bukit Enggang kepada Kolam Imbangan LRA Langat 1 sedia ada," ujar beliau.


Katanya, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) juga telah melaksanakan dua lagi kerja-kerja penyambungan paip di bahagian hiliran bagi meluaskan sistem agihan kepada lebih banyak kawasan.


"Pada masa ini, Air Selangor telah dapat mengagihkan air terawat yang dikeluarkan dari LRA Langat 2 menggunakan sistem agihan sedia ada sehingga 400 JLH," kata beliau.


Sumber: Sinar Harian

22 views

Comments


bottom of page