Pahang laksana projek fast track di daerah Jerantut, Jerantut Square bernilai RM130 juta
- Ridhwanisme
- Jul 23
- 1 min read

JERANTUT, PAHANG
Pelaksanaan Laluan Pantas (Fast Track) Berpandu Peraturan:
Kerajaan Negeri Pahang menawarkan laluan pantas untuk kelulusan projek pembangunan, dengan syarat projek tersebut berdaya maju dan memberi impak positif kepada rakyat tempatan.
Kelonggaran diberikan tanpa menjejaskan pematuhan terhadap peraturan sedia ada. Semua projek tetap perlu melalui penilaian jawatankuasa pelaburan dan pihak berkuasa tempatan.
Projek Jerantut Square - Pemacu Baharu Ekonomi Pahang Barat:
Projek bernilai RM130 juta ini merupakan usaha sama antara PKNP dan Kumpulan Jaya Depan Sdn Bhd.
Dijangka siap pada suku keempat 2026 dan mampu mencipta lebih 6,000 peluang pekerjaan (1,000 langsung, 5,000 tidak langsung) khususnya dalam sektor pelancongan, peruncitan dan perkhidmatan.
Peranan Strategik PKNP dalam Ekonomi Negeri:
PKNP kekal sebagai agensi utama pembangunan ekonomi negeri sejak 60 tahun lalu.
Pada tahun 2024, PKNP berjaya menarik pelaburan berjumlah RM3.69 bilion.
PKNP berfungsi sebagai pemilik aset negeri, pelabur utama, fasilitator pelaburan asing dan rakan usahawan tempatan.
Pembangunan Seimbang di Kawasan Luar Bandar:
Fokus diberikan kepada daerah seperti Jerantut untuk memastikan pembangunan lebih menyeluruh, tidak hanya tertumpu di bandar utama.
Program Komuniti dan CSR Sempena Ulang Tahun PKNP ke-60:
Sebanyak 22 program berkaitan sukan, komuniti dan CSR telah dilaksanakan di seluruh daerah di Pahang.
Sinar Harian | Rosilawati Rosedi





Comments