MyJalan: Lebih 90 peratus aduan jalan rosak milik KKR diselesaikan - Nanta
- Aug 19, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Keberkesanan Aplikasi MyJalan
95.19% aduan diselesaikan (11,860 kes) daripada keseluruhan 12,459 aduan jalan rosak di bawah seliaan KKR dan agensi.
599 aduan (4.81%) masih dalam siasatan menunjukkan masih ada jurang kecekapan operasi.
Sejak dilancar Ogos 2023, aplikasi ini mencatat 40,938 aduan daripada 54,330 pengguna berdaftar.
69.57% aduan berkaitan jalan bukan bawah seliaan KKR (jalan PBT, jalan kampung, jalan negeri, jalan pertanian, jalan persendirian), menekankan keperluan koordinasi antara KKR, KPKT, KKDW, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Penyelenggaraan & Pembaikan Infrastruktur Jalan
Lebuhraya Timur - Barat: Data bancian trafik 2024 menunjukkan masih berfungsi baik, tetapi perlu kerja pembaikan turapan berstruktur bernilai RM100 juta.
Skop merangkumi kajian awal, ukur tanah, penyelenggaraan lampu jalan, lampu isyarat, turapan pavement & bukan pavement. Projek dijangka siap pada 2026.
Transformasi Digital Lebuhraya
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaksanakan dasar penggunaan teknologi berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Diaplikasi sepanjang kitaran hayat projek: perancangan, pembinaan, operasi, penyenggaraan, naik taraf.
Projek perintismeliputi:
Pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Pelebaran Lebuhraya SILK
Tebatan Banjir Lebuhraya Pantai Timur (LPT1)
Jambatan Sungai Perak
Beberapa kawasan rehat di Lebuhraya Utara Selatan
Perancangan Projek Masa Hadapan
Projek akan datang yang akan terlibat:
Lebuhraya WISE (West Ipoh Span Expressway)
Pelebaran SILK Fasa 3
Projek Penyuraian Trafik Juru - Sungai Dua (PLUS)
Harian Metro | BERNAMA





Comments