top of page

MBJB laksana projek rintis sistem amaran awal banjir


MBJB laksana projek rintis sistem amaran awal banjir
Mohd. Noorazam

MBJB laksana projek rintis sistem amaran awal banjir

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan memulakan projek rintis sistem amaran awal banjir di Sungai Chat berhampiran Kampung Mohd. Amin dan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dalam masa terdekat.


Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, penggunaan sistem amaran awal banjir itu baru diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor, baru-baru ini.


Beliau berkata, sebagai permulaan, sistem berpenggera itu dipasang di dua lokasi bagi memantau paras air untuk amaran awal banjir dan membunyikan siren sebagai amaran.


“Menerusi sistem amaran banjir yang akan dipasang nanti, selain penggera akan berbunyi dan amaran akan disiarkan, maklumat amaran juga akan dihantar ke telefon bimbit penduduk berhampiran.


“Sistem ini akan kita guna pakai dalam masa terdekat, jika ia memberi impak yang positif, ia akan ditambah dan dipasang di beberapa lokasi tumpuan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, di sini hari ini.


Mohd. Noorazam memberitahu, sistem tersebut turut dilengkapi dengan teknologi sonar yang boleh mengesan mendapan dalam sungai sama ada longgokan sampah atau timbunan pasir yang menjadi punca paras air meningkat.


Sumber: Kosmo!


MBJB laksana projek rintis sistem amaran awal banjir


2 views
bottom of page