Majlis Bandaraya Ipoh tawar 27 kontrak penyelenggaraan RM2.3 juta kepada kontraktor tempatan
- Ridhwanisme
- Jun 18
- 1 min read

IPOH, PERAK
Jumlah & Nilai Kontrak
27 kontrak kerja penyelenggaraan dan naik taraf ditawarkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Jumlah keseluruhan nilai kontrak: RM2.3 juta.
Jenis & Agihan Kerja
RM1.74 juta: Kerja-kerja penurapan semula jalan oleh Jabatan Kejuruteraan MBI.
RM624,000: Kerja-kerja menaik taraf gelanggang, padang, pagar, penghadang bola, pembekalan kerusi taman dan pokok teduhan oleh Jabatan Landskap MBI.
Sumber Peruntukan
RM1.4 juta: Dana Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
RM300,000: Dana Ekonomi Rakyat (Insentif Kemudahan Rakyat).
RM624,000: Peruntukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Kaedah Pemilihan Kontraktor
Pemilihan dilakukan menerusi cabutan undi terbuka.
Terbuka kepada kontraktor G1 berdaftar dengan CIDB, dalam kategori kerja awam dari daerah Kinta sahaja.
Kontrak bernilai di bawah RM100,000, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia.
Penyertaan Kontraktor
127 kontraktor lulus tapisan & layak telah mengambil bahagian dalam sesi cabutan.
Cabutan kerja-kerja undi sesi 01/25 diadakan secara langsung di Facebook rasmi MBI.
Manfaat kepada Industri & Ekonomi Tempatan
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah, inisiatif ini akan:
Merangsang ekonomi tempatan.
Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Dagang News / Zaki Salleh





Comments