Kemajuan Projek Lebuhraya WISE (West Ipoh Span Expressway) dapat kelulusan KKR; Projek jalan sehala Tapah kurangkan trafik sesak; Cadangan pelebaran jambatan Sungai Batang Padang
- Ridhwanisme
- May 1
- 1 min read

Kemajuan Projek Lebuhraya WISE (West Ipoh Span Expressway):
Laluan sepanjang 60km dari Gopeng ke Kuala Kangsar melalui beberapa bandar seperti Tronoh, Batu Gajah dan Seri Iskandar.
Telah menerima surat kelulusan pembinaan daripada KKR.
Pemaju diberi tempoh dua tahun untuk menyelesaikan semua urusan termasuk kewangan dan tanah.
Projek ini dijangka menjadi laluan alternatif kepada Terowong Menora, sekaligus meningkatkan aliran trafik antara Perak Utara dan Selatan.
Projek Jalan Sehala Tapah (FT001):
Fasa pertama projek penyuraian trafik siap sepenuhnya.
Kos keseluruhan: RM2.2 juta, dibiayai oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
Tujuan: Mengurangkan kesesakan lalu lintas di pekan Tapah, meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Penambahbaikan juga melibatkan akses berhampiran Balai Polis Tapah.
Pemantauan & Lawatan Tapak oleh KKR:
Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, turun padang bersama pegawai kanan termasuk Ketua Setiausaha KKR dan JKR daerah.
Disahkan bahawa trafik kini lebih lancar selepas pelaksanaan projek.
Cadangan Pelebaran Jambatan Sungai Batang Padang:
Kos cadangan pelebaran dianggarkan sekitar RM15 juta.
Cadangan sedang diteliti oleh KKR, bergantung kepada keutamaan kerajaan negeri sebelum dibawa kepada Kementerian Ekonomi atau Kewangan.
Perancangan Jangka Panjang:
Projek pelebaran jambatan dinilai sebagai penyelesaian jangka panjang kepada kesesakan di Tapah.
Keputusan akan dibuat setelah mendapat maklum balas negeri.
Comments