top of page

LRT Pulau Pinang dijangka mula dibina awal tahun depan - Maybank IB


LRT Pulau Pinang dijangka mula dibina awal tahun depan - Maybank IB
Gambar hiasan: Lokasi cadangan pembinaan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang di Sia Boey Urban Archaeological Park, Jalan Dr Lim Chwee Leong.

LRT Pulau Pinang dijangka mula dibina awal tahun depan - Maybank IB

KUALA LUMPUR: Projek Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (PLRT) dijangka mula dibangunkan pada tahun hadapan, kata penganalisis.


Ia susulan butiran projek berkenaan ketika ini sedang dimuktamadkan oleh kerajaan.


Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam nota penyelidikan, berkata kerajaan menerusi MRT Corp membuka permohonan cadangan Isnin lalu bagi melantik perunding reka bentuk dan kajian ketersambungan dan mobiliti.


Ia berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei lalu yang menyatakan kerajaan akan memperuntukkan dana untuk mempercepatkan pelaksanaan projek itu.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Pelantikan kontraktor dijangka dibuat pada akhir tahun ini sementara kerja-kerja pembinaan bermula awal tahun depan sebaik sahaja model pelaksanaan keseluruhan dimuktamadkan," katanya Penganalisisnya, Wong Wei Sum dan Wong Chew Hann.


Di bawah pelan asal yang diluluskan pada 2019, PLRT akan menghubungkan Komtar di George Town ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas tetapi laluan itu kini dipanjangkan ke Tanjung Bungah.


Wei Sum dan Chew Hann berkata, PLRT dengan pelbagai impaknya terhadap pengangkutan, bekalan tanah dan pembangunan hartanah, menjadi pengubah permainan yang bersedia untuk merevolusikan pasaran hartanah Pulau Pinang.


Katanya, selain ketersambungan yang lebih baik, tebus guna tanah di selatan pulau (930.78 hektar) akan membentuk semula landskap pasaran hartanah Pulau Pinang.


"PLRT akan menambah baik akses dan mengurangkan kesesakan yang semakin teruk di Pulau Pinang. Ia juga akan merangsang aktiviti ekonomi dan permintaan untuk hartanah berhampiran hentian stesennya sambil menjadikan kawasan yang sebelum ini kurang mudah diakses lebih menarik untuk tujuan pembangunan hartanah.


"Lebih penting lagi, penambakan tanah seluas 930.78 hektar untuk Pulau Silikon baharu di bahagian selatan Pulau Pinang boleh mentakrifkan semula dinamik masa depan sektor hartanah Pulau Pinang, selain menawarkan pelbagai peluang pembangunan.


"Kami menjangkakan potensi perubahan dalam corak permintaan hartanah (contohnya, untuk hartanah komersial) dari bahagian utara ke bahagian selatan pulau Pulau Pinang," katanya.


Sebelum ini, penganalisis menjangkakan industri pembinaan dijangka kembali stabil pada separuh kedua 2023 apabila momentum aliran kerja semakin meningkat dengan pelancaran projek infrastruktur mega dan pembangunan yang besar seperti MRT3, LRT Bayan Lepas, Pulau Pinang Selatan A (PSI) serta pembesaran lapangan terbang Subang dan Pulau Pinang.


Projek LRT Bayan Lepas yang dianggarkan bernilai RM4.5 bilion pula adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pembangunan Pulau Pinang (PTMP), bakal menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Tanjung Bungah.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, MRT Corp akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang di bawah tanah dan juga laut.


Bagi laluan bawah tanah, projek LRT itu dipertimbang untuk jajaran di tengah bandar, manakala bawah laut untuk jajaran menghubungkan Seberang Perai dengan kawasan pulau.


Dari segi laluan LRT, Kon Yeow berkata ia tidak membabitkan perubahan besar, iaitu akan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, seterusnya Komtar, Tanjung Bungah, Air Itam, Butterworth, Kepala Batas dan Simpang Ampat.


Sumber: Berita Harian


LRT Pulau Pinang dijangka mula dibina awal tahun depan - Maybank IB


32 views

Comments


bottom of page