top of page

Kerajaan bantu biaya projek LRT di Pulau Pinang


Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Berita baik untuk rakyat Pulau Pinang apabila Kerajaan Persekutuan bersetuju membantu kerajaan negeri dalam menyegerakan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek tersebut diharap mampu meredakan isu kesesakan di Pulau Pinang ketika ini khususnya di bahagian pulau.


“Semalam, saya ada satu perjumpaan termasuk dengan pegawai kewangan untuk mencari kaedah yang terbaik (bagi mendapatkan dana untuk projek LRT).


“Dalam tempoh satu atau dua minggu ini pula akan berjumpa dengan kerajaan Pulau Pinang supaya dapat disegerakan (projek LRT).


“Kita ada pelbagai projek, segala LRT, MRT (Transit Aliran Massa), monorel di Lembah Klang. Jadi, mengapa tidak boleh (diwujudkan) di Pulau Pinang?” soal beliau.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Rumah Terbuka bersama Perdana Menteri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd. Nor.


Terdahulu, Anwar tiba kira-kira pukul 12.10 tengah hari dengan diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet.


Sehingga pukul 2 petang ini, lebih 15,000 pengunjung dikatakan telah membanjiri rumah terbuka berkenaan.


Sumber: Kosmo!

Comentários


bottom of page