top of page

Lelaki ditahan curi perancah besi, genset bernilai RM400,000


Lelaki ditahan curi perancah besi, genset bernilai RM400,000
Genset dan perancah besi yang dipercayai dicuri dari sebuah gudang di Pengerang Kota Tinggi. AAA

Lelaki ditahan curi perancah besi, genset bernilai RM400,000

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes kehilangan tiub perancah besi (scaffolding tube) dan genset bernilai RM400,000 milik sebuah syarikat di Gudang Lot Lepau Plantar, Pengerang di sini, pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan di Pekan Jabi, Segamat.


"Polis juga berjaya menemui semula kesemua barang yang hilang serta disembunyikan di kawasan hutan Jalan Sungai Pulai, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri.


"Selain itu, turut dijumpai sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso yang dilaporkan hilang di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Hussin berkata, sebelum itu pada Selasa, Balai Polis Pengerang menerima laporan berhubung kejadian kehilangan barangan tersebut.


"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi telah berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek," katanya.


Menurut Hussin, kes curi berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh 31 jam dan siasatan masih dilakukan bagi mengetahui sekiranya terdapat suspek lain yang terlibat.


"Suspek memiliki dua rekod jenayah lampau kini direman selama tiga hari sehingga Jumaat untuk membantu siasatan


"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian


Lelaki ditahan curi perancah besi, genset bernilai RM400,000


11 views

Comments


bottom of page