top of page

Ralit curi besi, tak sedar polis sampai


Curi besi di Jalan Ulu Kelang, Ukay Height
POLIS berjaya menggagalkan cubaan mencuri besi di tapak pembinaan di Jalan Ulu Kelang. FOTO ihsan polis

Curi besi di Jalan Ulu Kelang, Ukay Height

Ampang Jaya: Cubaan empat lelaki mencuri besi di tapak pembinaan di Jalan Ulu Kelang, Ukay Height, di sini, kelmarin, gagal selepas disedari pemilik.


Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 60 tahun itu terlihat sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan tapak pembinaan rumah.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dia melihat empat lelaki tidak dikenali sedang mengangkat besi miliknya ke dalam lori.


Menurutnya, dia kemudian terus menghubungi polis meminta bantuan.


"Bertindak atas maklumat itu, polis ke lokasi sebelum melihat empat lelaki sedang giat mengangkut besi ke dalam lori dan terus menahan mereka.


"Seorang lagi lelaki ditahan ketika hadir ke Balai Polis Hulu Kelang bagi membantu siasatan," katanya kepada Harian Metro hari ini.


Mohamad Farouk berkata, semakan juga mendapati empat suspek memiliki rekod jenayah lampau manakala seorang lagi tiada.


"Ujian air kencing juga mendapati tiga daripada lima suspek positif dadah.


"Polis turut merampas tiga lori, besi dan beberapa barang yang digunakan oleh suspek untuk melakukan aktiviti jenayah itu," katanya.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro


18 views

Comentarios


bottom of page