top of page

Kumpulan Ancubic komited terus sediakan projek hartanah bermutu tinggi


Botanical Ancubic
Projek Ancubic

Botanical Ancubic

PETALING JAYA: Kenaikan kadar faedah yang dijangka perlahan pada tahun ini dan komitmen kerajaan untuk menambah baik persekitaran perniagaan, dapat membantu melonjakkan perniagaan syarikat tempatan.


Pengarah Eksekutif Kumpulan Ancubic (Ancubic), Datin Kimilee You, berkata keadaan itu adalah satu berita baik buat peniaga tempatan, termasuk syarikat pemaju hartanah, yang menempuh waktu sukar kebelakangan ini.


Beliau mengakui, Ancubic juga tidak terkecuali dan 2022 adalah tahun yang cukup mencabar bagi syarikat itu.


Namun, katanya, keadaan itu berjaya ditempuhi, hasil kerja keras warga kerjanya dan kerjsaama daripada rakan strategik.


"Tahun lalu adalah tahun yang mencabar bagi pemaju hartanah. Kami tahu ia tidak mudah tetapi kami bersyukur kerana Ancubic mempunyai warga kerja yang berkebolehan serta rakan kongsi perniagaan yang mengharungi tempoh sukar bersama-sama.


"Ini membuktikan setiap orang memainkan peranan yang penting dan seiringan. Kami membentuk kerja berpasukan yang sangat baik bagi mengharungi masa sukar ini dengan lebih kuat dari tahun sebelumnya.


"Tahun ini, keadaan lebih baik untuk peniaga. Pada masa sama, permintaan industri semakin meningkat. Justeru, kami akan memperkukuh kecekapan dan sistem untuk memastikan semua projek disiapkan dengan mutu kerja dan reka bentuk yang terbaik bagi memenuhi serta menjamin kepuasan pelanggan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-12 syarikat itu, baru-baru ini.


Mengulas lanjut, Kimilee berkata, Ancubicakan akan menyediakan persekitaran ekologi industri yang padu bagi projek Taman Industri A-Park di Bangi, Selangor dan Batu Kawan, Pulau Pinang.


"Selain itu, projek pangsapuri baharu jenama BOTANICAL akan dilaksanakan di beberapa kawasan padat penduduk di Selangor dan Pulau Pinang.


"Kami berharap semua warga kerja akan terus memberi sokongan kuat pada tahun ini dan membantu syarikat mengembangkan jenama Ancubic secara berterusan sebagai jenama yang dipercayai," katanya.


Sementara itu, pada majlis makan malam bertemakan Shanghai Night, yang juga diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina, dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai tetamu kenamaan.


Pada sambutan itu, Ancubic turut memberi penghargaan khas kepada beberapa kakitangannya, atas prestasi cemerlang dan komitmen mereka membantu memajukan syarikat.


Sumber: Berita Harian


8 views

Comentários


bottom of page