top of page

KPKT kenal pasti 481 projek sakit, 112 projek terbengkalai di seluruh negara


KPKT kenal pasti 481 projek sakit, 112 projek terbengkalai di seluruh negara
Gambar hiasan: Kelantan antara negeri yang peratusan tertinggi membabitkan projek perumahan swasta tidak mengikut perancangan ditetapkan.

KPKT kenal pasti 481 projek sakit, 112 projek terbengkalai di seluruh negara

MACHANG: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenal pasti 481 projek sakit dan 112 projek terbengkalai di seluruh negara pada ketika ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pihaknya merekodkan projek sakit dan terbengkalai berdasarkan Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) bagi membolehkan projek terbabit dipantau dengan rapi.


Beliau berkata, apabila sesuatu projek dikategorikan sakit, ia melangkaui tempoh sepatutnya disiapkan dan tempoh diambil untuk menyelesaikan bukannya seminggu atau lebih sebulan, sebaliknya memerlukan perbincangan serta kaedah penyelesaian yang lebih lama.


"Di bawah 'task force' selain berbincang dengan agensi, pihak kami juga berunding terus dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mendapatkan sokongan serta memudahkan proses untuk melancarkan kembali projek-projek sakit ini.


"Bagi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), terdapat 21 projek sakit, namun dalam tempoh lima bulan ini pihak kementerian sudah menyelesaikan lapan daripadanya.


"Sasaran kita tahun ini di bawah PR1MA mahu menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 projek sakit dan yakin ia boleh mengatasi sasaran yang ditetapkan," katanya selepas lawatan kerja ke tapak projek Taman Baiduri, Jalan Banggol Judah, Labok, Machang, di sini, hari ini.


Terdahulu, beliau mengadakan tinjauan dan lawatan di empat tapak projek pembangunan swasta di daerah Machang.


Dalam perkembangan sama, Akmal Nasrullah berkata, Kelantan antara negeri yang peratusan tertinggi membabitkan projek perumahan swasta tidak mengikut perancangan ditetapkan.


"Di Kelantan, daripada 86 projek dalam pembinaan atau sedang dirancang, 40 daripadanya projek sakit dan tiga lewat.


"Bagi menangani permasalahan ini, task force projek sakit mengesyorkan supaya kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa task force berfokus bagi menangani permasalahan projek lewat dan sakit di negeri terbabit.


"KPKT akan terus melakukan pemantauan rapi melalui mesyuarat secara berkala bersama agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta bersedia menjadi pemudah cara sekiranya terdapat isu berbangkit antara pemaju dan agensi kerajaan atau teknikal," katanya.


Sumber: Berita Harian


KPKT kenal pasti 481 projek sakit, 112 projek terbengkalai di seluruh negara

3 views

Comments


bottom of page