top of page

'Kontraktor dijangka masukkan SST 6 peratus'

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR


Kuala Lumpur: Kesan keseluruhan daripada semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas sektor hartanah boleh dikurangkan melalui permintaan yang utuh bagi hartanah perindustrian, demikian menurut penganalisis.


Penganalisis RHB Investment Bank, Loong Kok Wen berkata, syarikat pemaju yang mempunyai pendedahan lebih besar kepada segmen perindustrian dan komersial mungkin akan mencatat kos pembinaan lebih tinggi susulan pelaksanaan semakan dan peluasan skop SST secara bersasar yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.


Beliau berkata, ia berikutan kontraktor dijangka memasukkan SST enam peratus apabila membida projek baharu.


Katanya, hartanah perindustrian dan komersial yang sedang dibina sekarang juga akan mengalami kos lebih tinggi untuk bil membabitkan kos yang bakal ditampung.


"Lambat laun, kami menjangka pemaju akan melepaskan kenaikan kos ini kepada pembeli, maka harga hartanah perindustrian dan komersial baharu mungkin akan menjadi lebih mahal dan daya pasaran (permintaan dan bekalan) akan terus memainkan peranan," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Beliau bagaimanapun berkata, permintaan bagi hartanah dijangka masih kukuh susulan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) - China yang berlarutan dan dasar tarif yang berubah-ubah akan terus mendorong beberapa syarikat di rantau ini untuk memindahkan operasi ke Asia Tenggara.


Katanya, jualan hartanah perindustrian dan juga projek di Iskandar Malaysia masih kukuh setakat ini dari awal tahun.


Beliau berkata, walaupun syarikat hartanah mungkin akan merekodkan penyusutan margin yang kecil, permintaan untuk hartanah perindustrian dan komersial seharusnya kekal baik untuk jangka sederhana.


"Syarikat pemaju yang mempunyai pendedahan agak tinggi kepada sektor berkaitan ialah Sime Darby Property, S P Setia, Sunway, LBS Bina, Mah Sing, Matrix Concepts, UEM Sunrise dan UOA Development.


Beberapa syarikat ini sedang menjalankan ataupun bakal menjalankan projek perindustrian, namun sesetengah daripada mereka juga mempunyai portfolio hartanah pelaburan," katanya.


Dua kategori dalam semakan dan peluasan skop SST secara bersasar yang dilihat akan memberi kesan kepada sektor hartanah ialah cukai enam peratus yang dikenakan pada kontrak pembinaan bernilai RM1.5 juta (perumahan awam dan bangunan kediaman dikecualikan) dan cukai lapan peratus untuk pendapatan pemajakan dan sewaan, sekiranya pendapatan tahunan melebihi RM500,000.


ree

Harian Metro / Editorial

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page