
KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Kumpulan Kitacon Bhd, Kitacon Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja-kerja binaan utama bernilai RM62.3 juta daripada KL-Kepong Country Homes Sdn Bhd untuk projek pembinaan di Bandar Seri Coalfields, Selangor.
Kontrak itu bermula pada 4 Ogos 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, dan seterusnya sehingga tamat kontrak, katanya.
Sumber: Berita Harian
Kitacon dapat kontrak kerja binaan RM62.3 juta
Comments