top of page

Kesan kerosakan konkrit menerusi kaedah selamat


Kerja-kerja pemeriksaan struktur konkrit NDT
Kaedah ujian tanpa musnah sangat selamat dan tidak berbahaya kepada manusia.

Kerja-kerja pemeriksaan struktur konkrit NDT

STRUKTUR konkrit seperti bangunan boleh berdepan risiko kerosakan dalam jangka masa panjang seperti kesan persekitaran, penambahan beban, kepanasan dan lain-lain lagi.


Oleh itu, pemeriksaan secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan struktur bangunan berada dalam keadaan baik dan selamat.


Ia juga merupakan tindakan berkala yang mampu menyelamatkan kerugian sehingga mencecah jutaan ringgit kepada pemilik bangunan.


Kerja-kerja pemeriksaan struktur konkrit tersebut dilakukan menggunakan kaedah yang dikenali sebagai ujian tanpa musnah (NDT).


NDT ialah satu bentuk pengujian bahan atau komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan berkenaan.


Aplikasi NDT digunakan secara meluas dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan kereta api serta loji kuasa.


Antara yang menawarkan latihan tersebut adalah Reliacraft Consultancy Sdn. Bhd. (Reliacraft Consultancy) iaitu syarikat jururunding tempatan dalam industri keselamatan.


Pengurus Projek Reliacraft Consultancy, Noorhayati Romli berkata, latihan itu ditawarkan khusus kepada pekerja-pekerja industri luar pesisir pantai (offshore).


Menurutnya, program latihan itu dijalankan menerusi kerjasama dengan rakan strategik Reliacraft Consultancy iaitu firma keselamatan industri, Wens dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).


“Menerusi kerjasama ini, Reliacraft Consultancy bersama Wens bakal menjadi penyedia latihan wakil sah bagi pihak The British Institute of Non-Destructive Testing (BI-NDT).


“BI-NDT merupakan sebuah badan pentauliahan profesional berprestij dalam bidang ini terutama kepada jurutera dan profesional teknikal.


“Reliacraft Consultancy juga menyediakan perkhidmatan Exam Computer Based yang terkini dan diiktiraf bersesuaian dengan modul diajar,” katanya.


Syarikat berpangkalan di Putra Heights, Selangor itu merupakan anak syarikat Reliacraft Group iaitu sebuah kumpulan milik bumiputera yang menjurus kepada perkhidmatan berkaitan gas dan petroleum.


Mengulas lanjut, Noorhayati berkata, Reliacraft Consultancy yang ditubuhkan 11 tahun lalu bermula dengan menyediakan perkhidmatan nasihat kepada pelanggan dalam bidang audit.


Ujarnya, syarikat tersebut juga mempunyai tenaga pengajar yang memiliki pengalaman melebihi dua dekad dalam industri NDT.

Kerja-kerja pemeriksaan struktur konkrit NDT
Latihan profesional perlu diberikan kepada tenaga kerja yang bakal terlibat dalam ujian ketahanan konkrit.

“Latihan ini akan dilaksanakan sepenuhnya dalam negara tanpa perlu ke Dubai. Jadi, syarikat yang menyertai program ini boleh berjimat.


“Latihan profesional daripada Reliacraft Consultancy dapat membantu melahirkan tenaga kerja mahir bidang NDT yang diperlukan oleh industri,” ujarnya.


Secara umumnya, NDT digunakan untuk meningkatkan keselamatan, kualiti dan kebolehpercayaan produk atau sistem.


Antara jenis pemeriksaan yang dilakukan adalah menggunakan kaedah pemeriksaan radiografi, pengujian arus pusar, pengujian penembusan, pemeriksaan ultrasonik, pengujian partikel magnetik dan pentafsiran radiografi.


Apakah perbezaan antara ujian musnah atau destructive testing dengan ujian tanpa musnah ini?


Ujian musnah akan merosakkan atau mengubah bahan yang diuji dalam beberapa kaedah.


Walaupun ujian bahan yang diuji tadi lulus, namun ia tidak lagi sesuai untuk kegunaan asalnya.


Misalnya, ujian tegangan (tensile testing) dilakukan menerusi pengujian tiga titik bengkok (three point bend test) atau pemotongan macro (macro sectioning).


Sebaliknya, NDT adalah ujian yang tidak memusnahkan atau mengubah bahan yang diuji. Ia akan tetap boleh digunakan selepas diuji.


Jika terdapat kecacatan pada bahan yang diuji, ia akan diperbaiki ataupun diganti.


Ia juga merupakan kaedah pengujian yang sangat selamat untuk pengendali kerana kebanyakan teknik adalah tidak berbahaya kepada manusia.


Teknik pengujian itu juga dapat membantu mencegah kecederaan atau kematian.


Pengendali hanya perlu memastikan struktur, komponen dan mesin beroperasi atau digunakan berada dalam keadaan selamat.


Misalnya, ujian inframerah atau termografi adalah dengan menggunakan sensor.


Ia bagi menentukan panjang gelombang cahaya inframerah yang dipancarkan dari permukaan objek dapat digunakan untuk menilai keadaannya.


Sehubungan itu, latihan profesional perlu diberikan kepada tenaga kerja yang bakal melibatkan diri dalam industri yang memerlukan kemahiran ini.


Sumber: Kosmo!


5 views

Comentarios


bottom of page