top of page

Kerjaya Prospek dapat kontrak bina pangsapuri di Seberang Perai


Kerjaya Prospek dapat kontrak bina pangsapuri di Seberang Perai
Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd

Kerjaya Prospek dapat kontrak bina pangsapuri di Seberang Perai

KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM226 juta daripada Aspen Vision City Sdn Bhd (AVC).


Kerjaya Prospek dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak berkenaan adalah untuk mereka bentuk dan membina cadangan pembangunan dua blok pangsapuri 37 tingkat setiap satu, menempatkan sejumlah 980 unit kediaman dan podium tujuh tingkat yang termasuk tempat letak kereta, kemudahan rekreasi komuniti dan lot kedai.


Syarikat itu berkata, projek pembangunan terletak di Mukim 13, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.


"Kontrak itu akan bermula pada 27 Oktober 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 42 bulan dari tarikh permulaan.


"Ia dijangka memberikan aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan dalam tempoh empat tahun akan datang," katanya.


Sumber: Berita Harian


Kerjaya Prospek dapat kontrak bina pangsapuri di Seberang Perai


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page