Kerjaya Prospek dapat kontrak RM61.87 juta di Pulau Pinang


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek Group Bhd meraih kontrak bernilai RM61.87 juta untuk membangunkan projek kediaman yang terletak berhampiran Lebuhraya Bandar Cassia, Batu Kawan di Pulau Pinang.


Menurut syarikat pembinaan itu, anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, menerima surat anugerah daripada Aspen Vision City Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung firma senaraian Singapura, Aspen (Group) Holdings Ltd.


"Projek yang dijangka bermula 5 Januari 2021 itu dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan," menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.


Kontrak itu membabitkan kerja-kerja pembinaan dua unit rumah teres dua setengah tingkat, 168 unit rumah teres dua tingkat, dua subsstesen Tenaga Nasional, sebuah surau dan bangunan utiliti sokongan lain.


Menerusi kenyatan berasingan, ia menjelaskan kontrak terbaharu itu, yang ketujuh bagi syarikat tahun ini, menjadikan nilai kontrak yang diperoleh setakat ini bagi 2020 adalah RM1.5 bilion.


Pengerusi Eksekutif Kerjaya Prospek, Datuk Tee Eng Ho, berkata projek terbaharu yang diraih itu adalah kontrak pembinaan kedua yang diperoleh daripada Aspen tahun ini. -BERNAMA


Sumber: Berita Harian

264 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.