top of page

Kerja baik pulih jalan kawasan industri Semambu siap Oktober ini


Kerja baik pulih jalan kawasan industri Semambu siap Oktober ini
Alexander Nanta Linggi meninjau kerja-kerja pembaikan struktur jalan di kawasan industri Semambu, Kuantan.

Kerja baik pulih jalan kawasan industri Semambu siap Oktober ini

KUANTAN – Kementerian Kerja Raya memberi jaminan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih struktur permukaan jalan masuk ke Kawasan Perindustrian Semambu siap sepenuhnya menjelang Oktober nanti.


Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek yang menelan kos RM1.2 juta itu memakan masa kerana ia melibatkan kerja-kerja pengalihan paip di bawah tanah.


Menurutnya, projek tersebut akan disiapkan sebelum musim tengkujuh tiba, sekali gus menyelesaikan jalan yang kerap rosak di sini.


”Masalah kawasan ini rendah, lagipun di bawah jalan ini ada paip yang kerap pecah kerana kenderaan berat melalui kawasan ini.


”Projek mengalihkan paip ini dan utiliti, yang mana kita mengalihkan paip dan sebagainya menelan kos sejuta lebih sikit.


“Sekarang projek ini dijangka siap bulan Oktober kerana kerja-kerja mengalihkan utiliti,” katanya.


Tambah beliau, kerja-kerja untuk meninggikan jalan ini tidak boleh dilakukan disebabkan ada jambatan di atas laluan tersebut.


Sementara itu, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata, pihaknya akan terus memulakan kerja-kerja membaiki jalan selepas kerja pengalihan selesai.


Tambahnya, faktor kelewatan disebabkan pengalihan kerja kabel dan aras air yang tinggi di kawasan korekan, selain pertambahan kerja skop kerja baharu.


”Kalau kerja mengalihkan utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Paip Pahang (PAIP), dan Telekom Malaysia (TM) segera diselesaikan maka kerja baik pulih jalan boleh dilakukan terus,” ujarnya.



Kerja baik pulih jalan kawasan industri Semambu siap Oktober ini


Comentarios


bottom of page