
KELANTAN akan melaksanakan projek penggantian paip lama iaitu paip simen asbestos (AC) kepada paip baharu di bawah Pakej 1, dianggarkan sepanjang 103.01 kilometer dengan kos RM61.5 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Azami Mohd Nor berkata penggantian itu bertujuan mengatasi isu bekalan air di negeri itu dengan kawasan terlibat adalah Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai.
Sumber: The Malaysian Insight
Comments