Johor mahu Kerajaan Persekutuan percepat kelulusan ART dan projek rel sokongan RTS
- Ridhwanisme
- 1 hour ago
- 2 min read

JOHOR
Keperluan Mendesak Projek Rel Baharu di Johor
Kerajaan Johor mendesak Kerajaan Persekutuan mempercepat kelulusan projek rel baharu untuk menyokong operasi penuh RTS Link Johor Bahru - Singapura pada 2027.
Anggaran permintaan tinggi: 40,000 penumpang setiap empat jam pada waktu puncak memerlukan sistem sokongan pengangkutan berkapasiti besar.
Pertimbangan ART vs LRT
Johor terbuka kepada dua pilihan:
ART / E-ART (Automated Rapid Transit / Elevated ART): Kos lebih rendah, tempoh pembinaan lebih singkat, teknologi moden berasaskan BRT autonomi.
LRT: Lebih mahal dan memakan masa, tetapi digunakan di Pulau Pinang.
Johor mempersoalkan mengapa projek LRT Pulau Pinang diluluskan lebih awal sedangkan ART Johor yang lebih murah masih menunggu kelulusan.
Kedudukan Semasa Proses Tender & Penilaian
Kajian awal siap dengan kerjasama IRDA; jajaran awal ± 50 km, 32 stesen telah dikenal pasti.
Tender terbuka ART selesai Julai 2025 dan kini menunggu kelulusan Kabinet melalui UKAS.
Permohonan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Kesesakan yang dipengerusikan TPM.
Perancangan Pengangkutan Jangka Panjang
Johor mahu beberapa projek utama disegerakan:
E-ART (Elevated ART)
ETS JB Sentral - KL Sentral (beroperasi Jan 2026)
Peningkatan Komuter Ekspres Selatan (JB - Kulai)
Penggunaan jajaran Kempas - Pasir Gudang untuk penumpang (stesen sementara: Taman Daya, Seri Alam, Pasir Putih)
Langkah ‘Quick Win’ Mengurangkan Kesesakan
Kerajaan Negeri mengaktifkan strategi interim sebelum projek rel diluluskan:
Perluasan rangkaian bas
Peningkatan komuter
Kerjasama e-hailing
Penyesuaian laluan strategik secara berfasa
Fokus kepada kesediaan infrastruktur menjelang operasi RTS 2027.
Media Digital Johor | Mohamad Nur Ariff Nasseem Mohd Murad





Comments