top of page

JKKP Kelantan siasat kes tiga warga Bangladesh maut tertimbus


JKKP Kelantan siasat kes tiga warga Bangladesh maut tertimbus
JABATAN Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan sudah menjalankan siasatan susulan di tapak pembinaan projek jalan Kampung Joh ke Kampung Kuala Sat, Machang, Kelantan hari ini.

JKKP Kelantan siasat kes tiga warga Bangladesh maut tertimbus

MACHANG: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan sudah menjalankan siasatan susulan di tapak pembinaan projek jalan Kampung Joh ke Kampung Kuala Sat di sini yang runtuh dan meragut tiga buruh Bangladesh pada 2 November lalu.


Pengarahnya Ir. Abdul Aziz Salim berkata, susulan itu satu notis berkait pemberhentian serta merta ke atas kerja-kerja pengorekan di tapak pembinaan tersebut telah dikeluarkan oleh pihaknya bagi menjalankan siasatan sekali gus mengenalpasti punca sebenar.


Menurutnya, JKKP Kelantan sudah mengarahkan majikan yang terlibat supaya memberikan kawasan tersebut bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat keperluan pemasangan peralatan perlindungan terhadap gelinciran tanah.


“Tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


“Kami memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Utusan Online 2 November lalu melaporkan, tiga warganegara Bangladesh maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika bekerja di tapak projek pembinaan lebuh raya di Kampung Maka, Pulai Chondong di sini.


Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, ketiga-tiga lelaki berusia 30-an itu disedari tertimbus sedalam 10 meter oleh tiga pekerja lain yang membina tapak untuk pemasangan pembetung.


Sumber: Utusan


JKKP Kelantan siasat kes tiga warga Bangladesh maut tertimbus

bottom of page