top of page

Jadikan landskap keutamaan dalam pembangunan, bukan hanya aksesori


Jadikan landskap keutamaan dalam pembangunan, bukan hanya aksesori
Kerajaan sedang giat memperkemaskan sistem jaringan landskap negara bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan.

Jadikan landskap keutamaan dalam pembangunan, bukan hanya aksesori

KUALA LUMPUR: Landskap bukan hanya bersifat estetika semata-mata, sebaliknya satu keperluan hidup dan merangkumi aspek pemerkasaan ekonomi dan sosial serta kemampanan alam sekitar, yang merupakan pra-syarat kepada kriteria sebuah negara maju.


Justeru, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kementerian melalui Jabatan Landskap Negara sedang giat memperkemas sistem jaringan landskap negara bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan, selari dengan agenda pembangunan mampan.


"Industri landskap tidak hanya boleh hanya dilihat sebagai pelengkap atau aksesori dalam pembangunan tetapi landskap boleh menjadi satu keutamaan dalam pembangunan yang kita laksanakan. "Jika dilihat di negara maju, landskap menjadi tumpuan utama dan pembangunan berlaku di persekitarannya.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Di Kuala Lumpur, kita sudah ada taman-taman yang agak besar tetapi cabarannya ialah bagaimana kita mahu seimbangkan dengan pembangunan yang ada," katanya selepas merasmikan Projek Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan di Setiawangsa, pada Ahad.


Projek pembangunan ini dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan geran bernilai RM1 juta yang diterima atas kejayaan menggungguli Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah pada tahun 2019.


Ia melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal, trek jogging, laluan pejalan kaki, kawasan riadah dan kawasan lapang bagi aktiviti kemasyarakatan penduduk sekitar.


Tambah Akmal, peningkatan jumlah penduduk yang semakin tinggi di kawasan bandar telah meningkatkan keperluan ruang hijau bandar dan berharap projek pembangunan itu akan dimanfaatkan penduduk sebaik mungkin.


KPKT katanya, akan terus memberi fokus kepada aspek daya huni yang menjadi satu instrumen penting dalam menentukan keselesaan persekitaran kehidupan.


Sumber: Astro Awani


Jadikan landskap keutamaan dalam pembangunan, bukan hanya aksesori


bottom of page