top of page

Isu kualiti jalan berlubang di lorong motorsikal, cabaran bajet terhad dan rekabentuk

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR


1. Isu Kualiti Lorong Motorsikal

  • Keadaan lorong motorsikal yang berlubang, permukaan tidak rata, genangan air memaksa penunggang memilih jalan utama.

  • Operasi polis pada 11 Jun berjaya keluarkan 32 saman dalam masa 30 minit dengan bantuan dron.

  • Risiko kemalangan lebih tinggi di jalan utama — 70% kematian jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

  • Kemalangan motosikal di Lebuhraya Persekutuan meningkat:

    • 204 kes pada 2025 berbanding 151 kes pada 2024; 34 kematian direkodkan setakat Mei.


2. Cabaran Peruntukan & Penyelenggaraan

  • Panjang jalan persekutuan: 18,730.56km; lorong motorsikal: 324.32km sahaja.

  • Tiada peruntukan khas untuk lorong motorsikal kecuali 24km di FT002 (Federal Highway).

  • Peruntukan 2023–2024: RM13.28 juta (RM1.38 juta untuk lorong motorsikal).

  • Cabaran utama:

    • Kekangan ruang bandar (urban space constraint).

    • Kesukaran integrasi dengan infrastruktur sedia ada.

    • Had peruntukan kewangan.

    • Persaingan dengan keutamaan lain seperti pendidikan dan kesihatan.


3. Standard Reka Bentuk & Inisiatif Keselamatan

  • Lorong motorsikal direkabentuk ikut Nota Teknik Jalan (NTJ) JKR — keluasan, saliran, penandaan.

  • Penambahbaikan keselamatan:

    • Barrier, marker reflektif, kemudahan tepi jalan.

    • Audit keselamatan berkala.

    • Kerjasama penguatkuasaan dengan JPJ & PDRM.

    • Penyelenggaraan berjadual (turapan, parit, pembaikan divider).


4. Statistik Lorong Motorsikal Malaysia (2023)

  • Jumlah keseluruhan: 576.72km

    • EMCL (Exclusive Motorcycle Lane): 361.32km

    • NEMCL (Non-Exclusive Motorcycle Lane): 215.4km

  • Lembah Klang: 288.02km

  • Luar Lembah Klang: 288.7km


5. Kajian & Penemuan MIROS

  • Risiko kemalangan maut 1.45 kali ganda lebih tinggi di jalan tanpa EMCL.

  • Kajian MIROS: Penggunaan lorong motorsikal rendah disebabkan:

    • Permukaan tidak rata.

    • Sampah/kerikil.

    • Reka bentuk yang kurang mesra pengguna.

  • Kajian awal di FT002: Kemalangan menurun 39%.

  • MIROS seru audit keselamatan nasional segera untuk kesemua lorong sedia ada.


6. Perancangan & Penambahbaikan Masa Depan

  • Projek naik taraf lorong motorsikal FT002 (RM20 juta) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RP5-12MP), bermula tahun ini.

  • KKR bekerjasama rapat dengan JKR dan LLM dalam pengurusan aduan & analisis data kemalangan.

  • Projek lebuhraya baru akan diwajibkan ada lorong motorsikal.

  • Untuk lebuhraya bertingkat sedia ada, LLM & PLUS sediakan ruang rehat khas untuk motorsikal bagi keselamatan sewaktu hujan.

  • Isu lain: Aplikasi navigasi tidak menyokong lorong motorsikal, memerlukan kajian teknologi lebih baik.

ree

The Malaysian Reserve / Shauqi Wahab

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page