top of page

Insiden basikal maut Johor: KKR arah baiki segera jalan rosak

Keadaan permukaan Jalan Negeri J165, Gunung Pulai, Kulai yang menjadi punca seorang penunggang basikal warga Singapura maut / Edisi 9
Keadaan permukaan Jalan Negeri J165, Gunung Pulai, Kulai yang menjadi punca seorang penunggang basikal warga Singapura maut / Edisi 9

KULAI, JOHOR


  1. Insiden Maut di Jalan J165, Gunung Pulai, Kulai

    • Seorang penunggang basikal warga Singapura maut akibat terjatuh selepas melanggar lubang jalan.

    • Mangsa dirempuh treler semasa dalam perjalanan bersama tiga penunggang lain.

    • Kejadian berlaku berhampiran kawasan lalu lintas kuari berat.


  2. Pemeriksaan Awal dan Punca Kerosakan

    • Permukaan jalan mengalami keretakan serius berbentuk 'crocodile cracks'.

    • Punca utama: penggunaan kerap oleh kenderaan berat, terutama lori-lori dari kuari berhampiran.


  3. Arahan Segera oleh KKR

    • Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi arah pembaikan segera dilaksana walaupun jalan ini bawah seliaan Kerajaan Negeri Johor melalui peruntukan MARRIS.

    • Kaedah pembaikan: R01 (pembaikan pavemen) digunakan untuk tindakan segera.


  4. Langkah Penyelenggaraan Lanjutan

    • Grading bahu jalan akan dilakukan segera sebelum kerja pembaikan menyeluruh dijalankan apabila peruntukan tersedia.

    • Usaha menunjukkan kerjasama antara KKR dan Kerajaan Negeri walaupun bukan di bawah bidang kuasa langsung KKR.


  5. Teguran & Seruan Tanggungjawab Bersama

    • KKR menyeru kerajaan negeri, PBT, pejabat daerah, dan pengusaha kuari bekerjasama menjaga keselamatan jalan.

    • Fokus kepada kawasan berisiko tinggi yang sering digunakan oleh penunggang basikal dan motosikal.


  6. Nasihat Keselamatan

    • Komuniti berbasikal dinasihat agar:

      • Elak laluan kenderaan berat.

      • Pakai topi keledar & lampu reflektif.

      • Jangan guna telefon semasa mengayuh.

      • Patuhi peraturan jalan raya.

ree

Edisi 9 / Editorial

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page